Friday, July 7, 2017

Sekain lama blog ini tidak berusik...sudah penuh sawang kalau diibaratkan rumah usang tanpa penghuni.

kehidupan aku juga sudah banyak berubah. Ibu sudah 2 tahun meninggal dunia. aku juga sudah berpindah dan menjawat jawatan yang berbeza. dan paling aku bersyukur aku punya bisnes yang amat aku suka. walaupun aku belum kecapi pulangan tapi bukan itu yang aku harapkan sekarang. aku yakin... kurang setahun aku akan miliki kejayaan demi kejayaan. Ternyata perancangan Allah itu amat sempurna. walaupun perjalanan amat penuh liku dan cabaran. Seperti cerita di TV semestinya pengakhiran yang baik. aku akan habiskan blog ini dengan cerita cerita indah.
kerana minda separuh sedar ku telah terprogram sesuatu yang terbaik akan aku nikmati.

Rumah yang besar dan mewah. Kereta yang selesa. kawan2 yang hebat dan berjaya. Keluarga yang bahagia dan ceria. Kebebasan untuk bergerak bertindak dan berseronok. Masa dan wang bukan lagi satu halangan.

Ya.... my BIG Why is ...Freedom to give and Freedom to move around the world!

Sunday, March 6, 2016

Hilang focus hilang semangat hilang segalanya

Dari semalam aku rasa tak tenang. Bukan masalah kerja. Tapi masalah desakan keluarga. Aku paham mereka rasa terbeban. Sudah masuk 2 bulan aku berhenti kerja dari syarikat yang gah. Melepaskan gaji hampir 8K sebulan.  Bulan pertama aku berniaga. Macam macam aku buat. Hujung bulan pertama aku hilang punca. Modal 10K habis begitu sahaja.
Dalam masa yang sama ibu ku tenat di hospital.  Bertapa kecewa rasa jiwa ini bila tidak mampu berbuat apa2. Untuk pergi melawatnya itu bererti bisnes kena cuti. Saat itu hanya doa dan harapan aku titipkan diperantauan ini. Sebulan berlalu begitu pantas.
Teman baik aka adik angkat aku pula nak berhenti kerja. Rupanya dia juga tak sanggup kerja disitu tanpa ku. Aku kelu. Begitu besar pengaruh ku padanya. Aku betul2 berasa tertekan. Satu2nya orang yang memahami perangai ku selain isteriku dan anak2 pula akan berpindah. Apa bala lah semua ini....
Aku ditawarkan kerja yang aku pikir agak menarik. Walaupun gaji yang ditawarkan suku dari gaji yang pernah aku terima, aku akan cuba lakukan. Kerana aku mencari sesuatu kelainan.  Lain dari laluan yang pernah aku tempuhi. Alhamdulillah,  peluang yang diberikan memberikan aku peluang yang lain. Mendapat menjaga ibu sakit adalah nikmat rezeki yang tak terhingga. Walaupun tika itu hanya seminggu genap. Aku bersyukur.

Sunday, June 28, 2015

Merancang dan bergerak

Hari ini genap umur ku 39 tahun. Diary ini sudah 6 tahun aku isi... Aku selak balik... Banyak juga yang aku telah lalui.... Dan capai... Hari ini aku update blog pun guna smartphone je. Yelah masa mula2 buat blog manalah boleh terpikir yang masa depan orang update blog pakai hp. Laptop pun org dah tak pandang sekarang... Huhuhu...

Itulah kehebatan teknologi....

Apa pun... Aku nak capai banyak lagi.
Yang pasti aku nak gerakkan bisnes aku ni...
Sudah tiba masanya aku serius dalam bisnes...
Aku harapkan bisnes nasi lemak dan sambal aku akan menjadi...

Target sebelum umur 40 tahun ertinya lagi 365 hari lagi,

1) bisnes boleh capai 10ribu sebulan
2) pergi Umrah dengan family 👪
3) beli rumah banglo 🏡
4) berhenti kerja dan focus bisnes .

Jumpa anda di puncak.

Thursday, May 21, 2015

Rezaki Itu Milik Allah swt

Alhamdulillah! 
Kita sering kali terlupa yang setiap rezeki yang kita dapat itu milik Allah swt. Malah bentuk rezeki yang kita dapat itu berbeza beza. Itulah namanya nikmat. Kita hanya akan ingat dan sedar apabila ia ditarik dari kita. Barulah kita sebuk menyesali perbuatan kita. Mujur juga kita kembali kepada rahmatNya.
Dua minggu lepas, sesuatu yang mendesak ku, membuatkan aku menjadi berani bertindak. Menjadi nekad dan tekad. Atau lebih kepada kerja giler.  Aku cuba melepaskan jawatan ku. Berhenti kerja 24 jam. Pada saat itu. Aku pasrah kepadaNya. Aku yakin rezeki itu milikNya. Bukan Bos ku yang asyik mengherdik bagaikan orang giler.  Puas aku berfikir mencari jalan agar aku mendapat peluang lain. Tapi dalam masa yang sama aku juga punya cita agar tidak lagi bekerja dengan orang lain. Maksudnya, aku ingin memulakan bisnes ku sendiri. Isteri ku adalah orang yang paling hebat. Dialah tonggak segala.

Usul ku diterima. Dia mula mencari peluang yang ada. Itulah kelebihannya. Tidak ada perasaan malu untuk bertanya.

Dan alhamdulillah,  walaupun aku kembali semula bekerja tetapi bisnes ku terus bergerak.

Bersyukurlah kepadaNya yang maha Kaya.

Tuesday, May 19, 2015

Salam rindu - salam sinar baru

Jika aku berada disini...
Itu maknanya aku kembali mengejar impian....hahahaaa
Sungguh aneh hidup ini, kita akan sering kali terleka.... Sering kali jatuh....
Tapi kemudian kita akan kembali semula.
Membina cita dan mengapai impian.

Sesungguhnya kita memang mudah lupa. Mungkin penyambut kejayaan itu pun sudah letih menunggu kita untuk sampai ke sana....
Agaknya kalau dia mampu menjerit sudah pasti sudah lama aku diherdik mahupun dimaki kerana selalu saja tersasar dari landasannya.
Mujur rahmat Allah itu amat indah....
Selalu tepat diwaktu kita perlu...

Hari ini, aku bahagia....
Walaupun aku masih belum pasti masa depan bisnes yang baru aku ceburi,  tapi sudah masuk minggu kedua, ia menampakkan hasilnya. Ada sinar di sana... Sinar untuk berjaya.... Walaupun letih,  aku akan terus berusaha....
Hingga ke puncak jaya...

Sunday, May 25, 2014

Satu demi satu kemajuan

Sudah lama blog ini aku tinggalkan, mungkin terlalu sebuk. Tapi sedar atau tidak aku telah mencapai satu fasa kehidupan yang baru. Aku telah berjaya menguruskan kewangan aku. Sekarang semua declaration telah di buat. Aku dah tak perlu pening lagi. Terima kasih ya Allah yang maha esa. Semuanya telah dipermudahkan.  Semoga sinar kembali menyerlahkan kilauannya.....

Thursday, January 30, 2014

Satu kesedaran!

Aku Sebenarnya tak pasti apa yang patut aku lakukan. Isnin lepas aku telah pergi ke pejabat insolvensi melaka dan telah disahkan muflis sejak tahun 2010. Waaaaa.... dah 3 tahun aku diistihar muflis. Dan selama ini jugalah aku cuba lari dari bayangan ini. Aku Sebenarnya tak pasti apa yang patut aku lakukan. Hari ini aku sepatutnya kena pergi ke pejabat insolvensi selangor bagi membuat beberapa langkah baru bagi menyelesaikan kemelut ini. Tapi, adakah tindakkan ini wajar? Aku sendiri tidak pasti. Apa implikasi yang akan aku terima. Aku perlu hadapinya dengan jujur dan berani. Aku sering nyatakan kepada staf ku agak berdepan dengan masalah tetapi aku sendiri takut. Amat takut. Ya Allah! Berikanlah hamba mu ini pertunjuk.

Saturday, November 9, 2013

Baby baru...

Tanggal 21 Oct 13, 23:24 lahirlah baby ku yang sangat comel.... mmmm hari ini dah berapa hari berlalu.... dan Sebenarnya tiba tiba nak berforex semula..... sejak dari bulan lepas dah terpikir malah dah siap register account baru. Dan hari ni tiba2 gak nak update blog yg dah berabuk ni....... nak kena cukur rambut baby.....bye.

Friday, August 16, 2013

Bisnes sendiri

Walaupun ia bukanlah besar besaran tapi aku cukup berpuas hati apa yang aku buat. Buat untuk kepuasan diri. Disamping memastikan agama terpelihara. Tapi lepas raya ni. Masih tak mula lagi. Mood raya kot. Macam mana nak maju ni. Ha ha haaaaa....
Ni pun tengah malas.... lagi satu aku teringin nak buat blog untuk memberikan ilmu yang berguna untuk semua. Aku ada ilmu. Tapi tak bermakna kalau aku tak kongsikan bersama. Mmmm makin sebuklah. Mana nak bisnes mana nak update blog baru. Mmmm cuma, aku tertanya tanya di blog itu. Aku perlu jadi diri aku ke. Atau guna nama pena sahaja. Tengah pikir. Apa yang patut aku buat. Adakah aku sudah bersedia untuk berdepan dengan umum. Mungkin akan ada kritikan secara terus. Ha ha haaaa..... tengoklah nanti. Rasanya esok akan mula blog baru.

Wednesday, July 3, 2013

Hobi baru target baru

Sejak bulan lepas, Aku dah mula kan hobi aku yang baru. Enjoy! Menyeronokkan. Ha ha ha..... Buat duit dengan hobi. Aku dah mula menjahit. Dah 6 7 pasang tudung aku Siapkan.... Semakin aku puas hati dengan jahitan aku. Dah ngantok!....

Monday, June 24, 2013

Kesebukkan yang "melekakan"

Lagi 3hari lagi, hari jadi ke 37 tahun.... ha ha haaa.....memang agak klise ...tahun lepas juga begitu... kenapa bila nak capai umur baru.... baru terasa nak update blog ini.....tapi banyak yang menarik aku lalui sepanjang 1 tahun ini.... alhamdulillah, rezeki makin bertambah... baby on the way....satu pertanda yang baik.... 2013 checklist pun ada yang dah capai.... sekarang ni pun tengah update guna tablet, galaxy note 8.0 .... hasil duit bonus... tahun ni dapat bonus 3.0 months.... tak sangka betul.... target 2.0 jeeee.....pangkat pun dah naik....target naik gaji jeeee..... anak anak pun dah membesar dan agak melalui arah yang diharapkan.... terima kasih buat isteri tercinta yang telah banyak berkorban dan berusaha untuk menjaga keharmonian rumahtangga ini..... walaupun masih belum bergelar jutawan.... tapi aku yakin, "jutawan" yang aku harapkan telah aku capai. Teruskan menjayakan kehidupan ini....

Kalau dipikir pikirkan, banyak yang telah aku capai, percutian keluarga bukan sesuatu yang mustahil lagi. Walaupun tak mewah, tapi cukuplah untuk membahagiakan isteri dan anak anak. Cuma sekarang aku perlu mula menyimpan.... kompol harta.

Monday, June 25, 2012

Jom perbaharui azam!

lagi 3 hari, usia aku akan genap 36 tahun..... maknanya sudah 1 tahun lewat dari target jutawan .... sedih gak tak capai apa yang aku idamkan sejak 5 tahun lepas.... ye aku pikir ... dah 5 tahun aku set nak jadi jutawan umur 35... aaaaaaarrrkkkk.... bengang gak... tapi nak buat macam mana... banyak lagi perkara yang aku perlu lakukan untuk jadi jutawan....
jadi apa yang aku perlu lakukan untuk mengubah semua ini..... ya Allah berilah hamba mu ini suatu pertunjuk... tetapkan lah iman ku.... iman senipis kulit bawang... memang kerap tergelincir dari landasannya..... baru baru ni aku download ceramah dari youtube.... bagaimana nak jadi jutawan...  banyakkan sedekah.... yee... perbanyakkan sedekah..... itu janji Allah... kita tak caya ke.... tingkatkan amalan.... aku tengok banyak gak betulnya... orang orang yang aku kenal.... beriman dan berjaya... lebih berjaya dari yang berjaya tapi tak beriman..... oooo itu kunci kekayaan sebenarnya... sebab orang beriman dia bersyukur..... bila bersyukur dan diberkati.... sikit pun jadi cukup... sentiasa dicukupkan...

okaylah! dah penat nie...

tak de mood nak sambung...... nanti aku senaraikan wish list yang baru....

Tuesday, February 28, 2012

Nak kata tak capai... tapi macam dah nak capai....

Aku kini, sedar atau tidak sudah semakin menghampiri impian impian yang pernah aku harapkan. mungkin kalau tidak secara tepat ... tapi sudah mula menghampiri. atau sememangnya yang lebih sesuai dengan aku.

apa apa pun aku tetap bahgia dan gembira. banyak yang aku inginkan aku dapat. bukan KAYA tapi SELESA. itu yang lebih utama. bukan nak berMEWAH tapi nak BEBAS.

aku harap tahun ini, banyak pencapaian yang lebih baik. Insyaallah.......

Thursday, January 19, 2012

Dah Confirm !

Alhamdullilah, dah confirm pun kerja kat tempat baru nie..... okaylah tu, semoga rezeki terus melimpah..... semoga kekayaan yang aku kecapi ini, terus berkembang dan berkekalan. nak bercerita tapi tiba tiba macam tak de mood pulak. Oh ya! aku tengah mencari hobi baru.. hobi yang boleh mengisi rasa kekosongan jiwa ini. ......................... tak de mooooooooooooood.................................. sambung lain kali saje........

Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year - Year 2012

Ha ha haaa...... sedar atau tidak, dah masuk tahun baru.... maksudnya aku dah lama melangkau usia 35 tahun.... ye laaa... sejak aku selebret birthday 35 tahun aku terus menghilangkan diri.... sebenarnya aku agak sebuk sejak hari itu.... dah 6 bulan aku agak sebukkan diri.... dan baru kini aku baru mula sedar semula ke mana arah aku..... dalam tempoh 6 bulan... banyak yang aku dah capai.. jangan tak percaya..... sebab aku sendiri pun tak percaya..... aku sudah agak selesa ... dah bertukar tempat kerja... dan sudah berada di kedudukan yang agak selesa.... Alhamdullilah..... syukur kehadrat ilahi yang sentiasa membantu ku. banyak perkara dah dipermudahkan.....
dalam tempoh 6 bulan nie.....
1) dah beli Kereta Produa Alza baru... yang lebih pratikal untuk famili ku.

2) dah beli tv baru juga.... seperti dalam wish list aku.....

3) Koleksi gold aku.... dah ada 12g....



ha ha haaa........ aku juga dah berpindah ..atau sebenarnya sudah berpindah tempat kerja juga.... memang semua ini dicapai selepas aku sambut ulang tahun ke 35.......  inilah yang di katakan kuasa minda separa sedar...... dan aku pasti banyak lagi pencapaian yang aku aku nikmati..... aku akan mula update semula... apa apa pun kita hanya mampu merancang.... segalanya adalah dengan izin-Nya.....

Tuesday, June 7, 2011

Sedar tak sedar

Memang tanpa aku sedari..... aku akan menghampiri usia 35 tahun. kalau ikutkan dari hari ini, tinggal lagi 21 hari lagi aku akan capai usia itu. Usia yang aku target untuk menjadi jutawan. Mmmm nak kata jutawan... mungkin masih jauh lagi untuk aku capai sekira dinilai dari kewangan yang aku ada sekarang. Tapi kalau dipikirkan peluang... aku sedang menghampiri sasarannya... dari segi cara hidup... walaupun tidak bebas dari segi masa, tapi dari segi kewangan mungkin sudah boleh tersenyum sedikit. dan pasti aku sudah boleh memiliki gadjet gadjet yang menarik. Mmm aku juga akan berhijrah jauh dari kampung halaman ku. berada di perantauan orang memerlukan komitmen yang tinggi juga. banyak juga yang perlu aku pikirkan sebelum aku membuat keputusan. tapi kalau diikutkan keputusan yang aku buat ini amat pantas dan ia berlalu begitu pantas juga. 2 minggu lepas aku menghadiri temuduga, pada masa itu juga aku telah ditawarkan jawatan dan gaji yang aku idamkan. 1 minggu kemudian aku telah uruskan rumah sewa. Alhamdullillah, semua urusan begitu lancar. aku amat bersyukur. bagaikan tidak percaya segalanya dipermudahkan. dan sekarang aku tengah menghitung hari untuk berhijrah dan memulakan hidup yang baru diusia yang baru di tempat yang baru. bagi aku usia 35 ni adalah usia jutawan ku. pasti setahun itu akan menghasilkan pelbagai keajaiban. aku amat yakin. keajaiban akan berlaku pada usia jutawan ku itu. percayalah.... tunggu....

Thursday, May 12, 2011

Tak Semua Dapat!

Memang bukan senang untuk memiliki semua benda yang kita inginkan. Selalunya kita perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Terpaksalah kita pilih mana yang akan menjadi keutamaan kita. Dan perkara ini memang akan menyebabkan kita sering keliru dengan keputusan kita. Memang benar bukan semuanya boleh kita miliki. hanya segelintir sahaja yang bernasib baik memiliki hampir semua yang mereka inginkan. tapi pastinya bukan segalanya. kalau di tanya pasti ada sahaja perkara yang terpaksa dikorbankan. jadi kita kenalah sentiasa bersyukur di atas kurniaannya.
Tapi yang menjadi kebingungan aku sekarang. bukan tidak mahu bersyukur. tapi adakah aku boleh teruskan apa yang sedang aku lakukan. sebab aku sering gagal. adakah ini pertunjuk untuk aku segera berundur... atau pertunjuk yang aku semakin hampir dengan kejayaan? betul ke forex ini sesuai dengan jiwaku. semakin aku memahami konsepnya semakin aku gagal melakukannya. tapi kalau secara jujurnya. kesilapan aku cuma satu. masih gagal mengawal emosi. itu yang menjadikan aku gagal. dan stop loss itu juga amat penting. kegagalan meletakkan stop lost menyebabkan aku gagal lagi hari ini. tahun nie sahaja dah 6 ke 7 kali kena margin called. duit modal dah beribu juga habis. apa erti semua ni. tinggal lagi sebulan untuk aku sambut ulang tahun hari jadi ku ke 35. Itu bererti, impian aku dan blog ini juga tak tercapai. minda separa sedar aku mungkin tak berfungsi dengan baik. tapi kalau dipikirkan balik bukan semua perkara yang aku inginkan tidak tercapai. walaupun dari segi forex memang tidak menjadi. tapi dari sudut kerjaya ku. sudah ada tanda tanda sesuatu yang baik akan menyebelahiku.
Walaupun, masih samar samar apa yang akan berlaku, tapi benih benih kebahgian sudah mula menampakkan sinarnya. ku panjatkan syukur ku padaNya. Semoga Allah sentiasa terus merahmatiku. Amin.

Sunday, March 13, 2011

Stay Focus!

Mmmm tinggal berapa hari lagi nak nie.... Hari Jadi ke 35 tahun - Jutawan.... waaaa... tempoh tamat dah nak tiba tapi matlamat masih jauh.. bukan tu saja ...malah masih mencari tool yang sesuai... nak kata mencari tidak juga ... dah tahu nak kena buat apa dan nak guna apa..cuma diri ini masih tidak mahir menggunakan tool yang ada. masih gagal walaupun dah berkali-kali berlatih.yang perlu aku lakukan adalah focus. yes! focus dengan apa yang aku nak buat. jangan terlalu kecamuk... jangan terlalu gelojoh. yang penting focus... aku rasa aku banyak buang masa dengan aktiviti yang ak de paedah. terlalu sebuk tak tentu hala. padahal masa terus mencemburui aku. tak boleh macam nie. banyak masa dah dihabiskan. dan banyak juga duit dan tenaga telah dilaburkan. jadi aku seharusnya perlu mengutip hasilnya. barulah bebaloi. semoga apa yang diusahakan akan berhasil. barulah boleh jadi jutawan. sekurang-kurangnya pada tahun ini aku nak capai impian ku yang pertama.... tunaikan umrah. aku akan tunaikan umrah dengan duit yang aku usahakan sendiri. bukan duit gaji .... yeee.. aku akan buktikan aku akan capai dalam tahun ini juga...aku dah set akan sampai ke tanah suci dalam bulan 5 ini. yang penting aku kena aturkan strategi itu. kena susun agar ia boleh dicapai. bukan main set dan hemtam je... tak boleh macam tu. aku kena sentiasa ingatkan diri aku. aku akan usahakan untuk terus berjaya....
tools aku untuk berjaya ada 2 :-
1) Forex
2) Internet blogging

Aku akan usahakan ini untuk terus berjaya.

Wednesday, February 23, 2011

Tukar Tabiat

Aku seringkali gagal mengawal perasaan. Walaupun sudah berkali - kali aku diajar untuk mengawal perasaan dan emosi agar tidak mengganggu cara aku trade di forex tapi aku masih tetap gagal mengawal perasaan ini. antara perasaan tamak gelojoh dan tidak yakin dengan signal indicator walaupun bukan sekali ia memberikan hala yang betul. aku kena selalu istifar, agar tindakkan dan corak pikiran ku dapat sentiasa di kawal dengan baik. Ya Allah! tolonglah hamba mu ini. yang sering kali terlupa dan terleka. di saat aku menaip entri ini. perasaan aku amat gusar.... sebab tu aku tukarkan tumpuan aku ke blog ini. agar aku tidak melakukan tindakkan yang tidak betul. bayangkanlah kerana sikap aku floating p/l bernilai 325.21. hati mana tidak gelabah. memang macam ribut. dah le terbuka entri sebanyak 6 trades. terlalu banyak dah tidak betul... kenapa le aku cuai macam nie selalu....

Alhamdulillah, lagi 5 pips aku leh close satu trade. tapi nape stop kat situ pulak... haiya... memang membuatkan hati ini gelabah sahaja...waaaaaaa.... naik balik ke....stay kat-7 pips pulak...yes...bergerak balik... apasal le bila aku nak untung gerak macam kura2... bila nak rugi gerak macam kilat..... apasal le aku masih tak reti lagi nie.....
alahai....baru sat touch zero..terus naik -ve balik..jap je dah -5.... dah -9 dah...nie yang aku kata macam kilat...macam ni macam mana aku nak jadi jutawan nie. mak full time treader nie.. masih tak pandai2 lagi. cadangan nak full time bulan depan... bulan ni punye target dah tercapai ... RM2000 .. tercapai dalam masa 1 minggu...ada lagi 4 hari lagi nak trade...so itu kira untung le...bulan depan pulak nak capai RM10,000. aku yakin boleh capai. cuma kena betul2 sikit le kawal perasaan nie. sebab setiap kali aku entri purata trade -ve aku capai 10 pips. jadi kalau aku leh jadikan ia +ve. satu hari aku leh dapat 5,6 ratus gak le secara purata. jadi tak mustahil aku capai RM10K bulan depan.
pergerakkan masih berkisar dalam -5 ke -8 pips...tu yg buat hati sakit sangat.... dia main t&g je kat zero tu. tak bagi chance langsung aku dapat 1 pip.... memang kilat dah sampai -9, -10 pips dah nie... dah-12 pips dah....mmmm... tadi nak turun dari -12 ke zero punye le susah...tapi nak ke -12 pips kelip mata je....
mmmm dah -6 balik....kay... hit le T/P aku.... aku nak 5 pips jee...

masih kat -5 pips je... ikut perasaan ni nak je buy... tapi biasanya bila aku buy jee.. mas tu le di menjunam..bear kuar.... jadi...aku kena cool...sebab tu sebuk menaip nie... kalau tak tangan sure gatal nak menekan buy.... tambah2 kalau tiba2 jadi gelabah....ha ha haaa....
memang tak berbaloi betul..nak dapatkan 5 pips kena tunggu dari kol 7pm tadi... la nie dah kol 9.30pm... ni semua angkara sikap tamak aku....
dapat close satu trade aku nak dok diam utk malam nie... tak nak buat apa-apa dah... 2 entry lagi tu biarkan dia hit t/p yang dah aku set....
mmm tadi dah leh close aku tak close gak... dah leh dapat 3 pips aku ingat nak biarkan 5 pips biarkan dia hit t/p aku ...tapi la nie dah reverse balik...naik sampai -16...mmg macam kilat... hampeh betul.... dah kol10pm dah nie... macam mana le aku nie... tadi kata nak close je..walaupun zero.. tapi bila sampai 3 pips tak cukup pulak nak 5 pips... la nie dah -15 pips.. baru puas hati aku....
aku rasa perasaan aku dah mula gelabah balik nie.... ni yang aku tak suka....kenapa sering susah sangat nak capai apa yang kita nak... cool cool cool....
aku akan terus taip sampai aku berjaya close 1 entry aku tu....mmm.. dapat gak idea... nak buat blog tentang perasaan berforex.... kira macam my forex feeling... jadi aku akan luahkan perasaan aku sambil berforex... satu teknik untuk mengawal perasaan ini..... ok gak tu.... sambil merapu sambil kutip untung....ha ha haaa...
yeeeeeeeeeeeees.... dah nak kena dah......kali ni laju semacam jee... agak2 leh kena tak jerat aku nie...tengok tu stop lagi kat pip 1 je...cuba le hit 5 pips tu... susah betul....
kat sini le aku selalu dalam dilema.... nak untung banyak susah....putus asa le nie...
nak close ke tak 2 pips nie... ke nak tunggu 5 pips gak... dah nak reverse balik ni...
yeeeeeee.... dah berjaya.....dapat gak aku 5 pips tu.... dah nak hit pulak entri yg lagi satu... tapi tak semudah itu lee... macam biasa ..akan reverse dulu... walaupun dah menghampiri zero... memang hampeh.... tapi tak pe lee... satu dah close
kaylah kepala pun dah sakit nie... apa2 pun... aku yakin boleh terus berforex nie... cuma lain kali kena lebih disiplin... kena biarkan dia hit t/p seperti yang telah aku target....
tengah nak stop nie intai kat forex... cantik je jalannye... nak kutip lagi pips nie...tak leh tak leh... jgn gatal2...baik aku close terminal nie... sebelum tgn nie gatal.... aku nak create blog baru ni... nak buat spesel pasal forex... macam yg aku buat sekarang nie...
kaylah... posting yang nie akan aku copy paste gak kat blog forex aku tu..tak payah le campur ngan journal jutawan aku... nanti kecamok pulak....kay...dah kol 10.20pm... seksa tol nak dapatkan 5 pips malam nie.... gara-gara gelojoh...

Tuesday, February 22, 2011

Hidup baru....

Dah lama tak update kat blog ini... nak kata sebuk... tak juga tapi mungkin banyak yang dipikirkan tapi semuanya masih belum membuahkan hasil. Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Mac 2011. Cepat betul masa berlalu. Tempat kerja yang ingatkan boleh bertahan, rasanya akan tamat bila-bila masa sahaja. Member pun dah mula kurang. Dan tahun nie pun banyak juga perancangan yang sedang dipikirkan. Apa-apapun website dah on. Walaupun masih belum menghasilkan wang. tapi pasti ia akan menghasilkan wang. Aku target dalam bulan June 2011 nie aku akan dapat duit dari hasil website tu... kira macam hadiah hari jadi aku le tu. jadi buat masa nie aku kena berusaha lebih sikit le untuk mendapatkan hasilnya nanti. tak perlu tergesa-gesa tapi perlu perancangan yang bagus dan teliti. kalau tak sia-sia le usaha yang aku buat.

Forex pun aku dah mula mendapat sentuhannya. kali ini aku yakin aku boleh pergi jauh. target bulan nie pun dah capai pada hari ni, walaupun masih ada 6 hari lagi. kira 6 hari nie untung je lee... ha ha haa..amin.

Satu lagi, ada orang ajak nak buat bisnes. Jadi tu pun nak kena pikirkan juga. aku rasa yang nie boleh pergi juga. kena langgar je nie. tak leh nak pikir lebih-lebih....

banyak nak kena buat. kerja kerja kerja....
nanti update lagi......

Note: bersama dengan member makan2 di Mc D the Curve. Ismail & Fujimura...