Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

Rezaki Itu Milik Allah swt

Alhamdulillah! 
Kita sering kali terlupa yang setiap rezeki yang kita dapat itu milik Allah swt. Malah bentuk rezeki yang kita dapat itu berbeza beza. Itulah namanya nikmat. Kita hanya akan ingat dan sedar apabila ia ditarik dari kita. Barulah kita sebuk menyesali perbuatan kita. Mujur juga kita kembali kepada rahmatNya.
Dua minggu lepas, sesuatu yang mendesak ku, membuatkan aku menjadi berani bertindak. Menjadi nekad dan tekad. Atau lebih kepada kerja giler.  Aku cuba melepaskan jawatan ku. Berhenti kerja 24 jam. Pada saat itu. Aku pasrah kepadaNya. Aku yakin rezeki itu milikNya. Bukan Bos ku yang asyik mengherdik bagaikan orang giler.  Puas aku berfikir mencari jalan agar aku mendapat peluang lain. Tapi dalam masa yang sama aku juga punya cita agar tidak lagi bekerja dengan orang lain. Maksudnya, aku ingin memulakan bisnes ku sendiri. Isteri ku adalah orang yang paling hebat. Dialah tonggak segala.

Usul ku diterima. Dia mula mencari peluang yang ada. Itulah kelebihannya. Tidak ada perasaan malu untuk bertanya.

Dan alhamdulillah,  walaupun aku kembali semula bekerja tetapi bisnes ku terus bergerak.

Bersyukurlah kepadaNya yang maha Kaya.

Tuesday, May 19, 2015

Salam rindu - salam sinar baru

Jika aku berada disini...
Itu maknanya aku kembali mengejar impian....hahahaaa
Sungguh aneh hidup ini, kita akan sering kali terleka.... Sering kali jatuh....
Tapi kemudian kita akan kembali semula.
Membina cita dan mengapai impian.

Sesungguhnya kita memang mudah lupa. Mungkin penyambut kejayaan itu pun sudah letih menunggu kita untuk sampai ke sana....
Agaknya kalau dia mampu menjerit sudah pasti sudah lama aku diherdik mahupun dimaki kerana selalu saja tersasar dari landasannya.
Mujur rahmat Allah itu amat indah....
Selalu tepat diwaktu kita perlu...

Hari ini, aku bahagia....
Walaupun aku masih belum pasti masa depan bisnes yang baru aku ceburi,  tapi sudah masuk minggu kedua, ia menampakkan hasilnya. Ada sinar di sana... Sinar untuk berjaya.... Walaupun letih,  aku akan terus berusaha....
Hingga ke puncak jaya...

Friday, August 16, 2013

Bisnes sendiri

Walaupun ia bukanlah besar besaran tapi aku cukup berpuas hati apa yang aku buat. Buat untuk kepuasan diri. Disamping memastikan agama terpelihara. Tapi lepas raya ni. Masih tak mula lagi. Mood raya kot. Macam mana nak maju ni. Ha ha haaaaa....
Ni pun tengah malas.... lagi satu aku teringin nak buat blog untuk memberikan ilmu yang berguna untuk semua. Aku ada ilmu. Tapi tak bermakna kalau aku tak kongsikan bersama. Mmmm makin sebuklah. Mana nak bisnes mana nak update blog baru. Mmmm cuma, aku tertanya tanya di blog itu. Aku perlu jadi diri aku ke. Atau guna nama pena sahaja. Tengah pikir. Apa yang patut aku buat. Adakah aku sudah bersedia untuk berdepan dengan umum. Mungkin akan ada kritikan secara terus. Ha ha haaaa..... tengoklah nanti. Rasanya esok akan mula blog baru.

Tuesday, February 22, 2011

Hidup baru....

Dah lama tak update kat blog ini... nak kata sebuk... tak juga tapi mungkin banyak yang dipikirkan tapi semuanya masih belum membuahkan hasil. Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Mac 2011. Cepat betul masa berlalu. Tempat kerja yang ingatkan boleh bertahan, rasanya akan tamat bila-bila masa sahaja. Member pun dah mula kurang. Dan tahun nie pun banyak juga perancangan yang sedang dipikirkan. Apa-apapun website dah on. Walaupun masih belum menghasilkan wang. tapi pasti ia akan menghasilkan wang. Aku target dalam bulan June 2011 nie aku akan dapat duit dari hasil website tu... kira macam hadiah hari jadi aku le tu. jadi buat masa nie aku kena berusaha lebih sikit le untuk mendapatkan hasilnya nanti. tak perlu tergesa-gesa tapi perlu perancangan yang bagus dan teliti. kalau tak sia-sia le usaha yang aku buat.

Forex pun aku dah mula mendapat sentuhannya. kali ini aku yakin aku boleh pergi jauh. target bulan nie pun dah capai pada hari ni, walaupun masih ada 6 hari lagi. kira 6 hari nie untung je lee... ha ha haa..amin.

Satu lagi, ada orang ajak nak buat bisnes. Jadi tu pun nak kena pikirkan juga. aku rasa yang nie boleh pergi juga. kena langgar je nie. tak leh nak pikir lebih-lebih....

banyak nak kena buat. kerja kerja kerja....
nanti update lagi......

Note: bersama dengan member makan2 di Mc D the Curve. Ismail & Fujimura...

Monday, August 31, 2009

REZEKI BULAN RAMADHAN

Mmm bulan yang penuh keberkatan ini memang tak boleh dilepaskan peluang yang ada. Selain meningkatkan ibadah terhadap Allah yang Maha Esa, bulan ini juga kita boleh meningkatkan kewangan kita. Peluang ini seharusnya tidak dilepaskan begitu sahaja,....walaupun dah berpuluh tahun dilepaskan tanpa mendapat faedah darinya.....tahun ini, tahun penuh perubahan. tahun ini kami sekeluarga paling sebuk menyambut Ramadhan. Macam macam bisnes kami buat. Asal aje boleh buat duit. mesti kami grab tanpa pikir dua tiga kali....agaknye dah mula ada ciri-ciri seorang jutawan yang berjaya.... ahak ahak ahak......Insyaallah.

Nampaknye malam nie tak tidur lagi aku nie.... serunding tak siap lagi, popia mini pun belum di gulung lagi. esok kol 10pagi agen dah nak datang ambik barang.. solat isyak dan tarawikh pun tak buat lagi. Jam dah pukul 2.04 pagi... banyak yang perlu diusahakan nie.... tapi aku dah tertidur tadi. jadi tak de hal kot.....so, lepas nie, solat dulu...itu yang utama...ciri ciri jutawan yang berjaya.......lepas tu kol 3 pagi baru start buat kerja......

Antara kerja dan tawakal kena seiring, bukan boleh duduk kat tikar sejadah dan berdoa je,tanpa usaha kita tak akan berjaya. Sebagai muslim, doa adalah senjata kita yang paling utama. Berdoa untuk mendapatkan pertunjuk, panduan dan berdoa untuk bertawakal setelah berusaha. Ya, susulan usaha yang gigih tanpa ragu2 adalah kunci utama segalanya. Setelah Allah memberikan ilham dan pertunjuk, giliran kita pula perlu melaksanakan tanggungjawab kita untuk berusaha dan terus bertawakal agar usaha kita itu tak sia2.

Jumpa anda dipuncak Jutawan!

Sunday, August 9, 2009

MLM dan aku

Meniaga Larut Malam.....ahak...MLM memang sesuatu yang bukan perkara baru bagi diriku. dan dah banyak orang cuba menaja aku dengan pelbagai jenis dan bentuk MLM. Bukan aku nak perkecilkan perniagaan penaja penaja aku tu, tapi bisnes MLM yang aku ikuti sejak tahun 2000 tu mungkin dah sebati dengan diriku. tapi ikutkan memang dah lama aku dah tak campur dalam bisnes ini. sejak aku kahwin... yelah anak aku pun dah nak masuk darjah 1 tahun depan... yang aku kagum. orang yang aku kenal dulu masih teus aktif dan semakin berjaya.....HEBAT...habis tu kenapa aku berhenti buat.... macam aku cakapkan, sejak aku kahwin komitmen untuk keluarga dan anak2 membuat aku amat tidak mampu memberikan komitmen sepenuhnya dalam bisnse itu.lama kelamaan ia semakin jauh. dan keahlian aku pun dah mati. dari memakai barang sampai tak..sebab malas nak hubungi penaja aku tu. nanti kena aktif pulak tu yang malas tu. biasa le tu...
Apa yang seronok dalam bisnes MLM? aku pasti ramai yang buat bisnes MLM pasti setuju dengan aku. KEAZAMAN, SEMANGAT yang POSITIF, KETEKUNAN.itu yang HEBAT dalam bisnes ini. tak kira apa jenispun.... bukan, kita pasti akan TERUJA dengan semangat yang diberikan oleh penaja kita.... masakan tidak. PERSEKITARAN yang POSITIF inilah yang telah membuatkan aku sentiasa berfikiran positif hingga kini. dan sedar atau tidak sasaran JUTAWAN umur 35 ini aku buat masa mula2 menceburi bisnes ini pada tahun 2000.
ahak! tengok dah 9 tahun berlalu....tiba tiba aku didatangi oleh seseorang....
inikah jalan ke JUTAWAN. agaknya ! dan percaya atau tidak buat kali keDUA aku sain semula bisnes yang telah lama aku tinggalkan.
AMWAY.....okay kenapa amway...macam aku cakap. aku dah aktif sejak 2000 dan jadi DD...DUDUK DIAM semenjak kahwin.tapi aku pernah capai 15% satu ketika dulu. Mmm macam tak caya pulak.aku suka AMWAY kerana Barangannya berkualiti. Itu sahaja. walau macam2 produk disogokkan bagi aku barangan amway memang berbaloi dengan harganya. dan aku pasti kalau orang dah pakai barangannya pasti setuju.
dan aku kini...entah aku sendiripun tak pasti aku sain balik ini sebab nak buat bisnes balik ke sebab nak jaga hati kawan aku tu yang dah datang dua kali....kali pertama 2 tahun lepas....tapi yang aku pasti aku nak pakai balik barangannya..itu je... ubat giginya yang best, vitaminnya yang bagus....roll on yang tahan ... dan beberapa produk yang memang aku suka...tu jeee....