Dari semalam aku rasa tak tenang. Bukan masalah kerja. Tapi masalah desakan keluarga. Aku paham mereka rasa terbeban. Sudah masuk 2 bulan aku berhenti kerja dari syarikat yang gah. Melepaskan gaji hampir 8K sebulan. Bulan pertama aku berniaga. Macam macam aku buat. Hujung bulan pertama aku hilang punca. Modal 10K habis begitu sahaja.
Dalam masa yang sama ibu ku tenat di hospital. Bertapa kecewa rasa jiwa ini bila tidak mampu berbuat apa2. Untuk pergi melawatnya itu bererti bisnes kena cuti. Saat itu hanya doa dan harapan aku titipkan diperantauan ini. Sebulan berlalu begitu pantas.
Teman baik aka adik angkat aku pula nak berhenti kerja. Rupanya dia juga tak sanggup kerja disitu tanpa ku. Aku kelu. Begitu besar pengaruh ku padanya. Aku betul2 berasa tertekan. Satu2nya orang yang memahami perangai ku selain isteriku dan anak2 pula akan berpindah. Apa bala lah semua ini....
Aku ditawarkan kerja yang aku pikir agak menarik. Walaupun gaji yang ditawarkan suku dari gaji yang pernah aku terima, aku akan cuba lakukan. Kerana aku mencari sesuatu kelainan. Lain dari laluan yang pernah aku tempuhi. Alhamdulillah, peluang yang diberikan memberikan aku peluang yang lain. Mendapat menjaga ibu sakit adalah nikmat rezeki yang tak terhingga. Walaupun tika itu hanya seminggu genap. Aku bersyukur.
Blog ini aku buat bertujuan untuk memantau perjalanan hidup ku ke arah cita cita untuk menjadi JUTAWAN pada usia 35 tahun. Hari ini aku telah 2 hari melewati usia 33 tahun. Sepanjang usia ini aku yakin pada perancangan yang aku buat. aku sudah mula merancang sejak usia 12 tahun lagi. Beberapa perancangan telah diaturkan..........menjadi atau tidak...kita hanya mampu merancang...hanya dengan izin ALLAH semuanya akan menjadi kenyataan......
Sunday, March 6, 2016
Hilang focus hilang semangat hilang segalanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment