Memang bukan senang untuk memiliki semua benda yang kita inginkan. Selalunya kita perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Terpaksalah kita pilih mana yang akan menjadi keutamaan kita. Dan perkara ini memang akan menyebabkan kita sering keliru dengan keputusan kita. Memang benar bukan semuanya boleh kita miliki. hanya segelintir sahaja yang bernasib baik memiliki hampir semua yang mereka inginkan. tapi pastinya bukan segalanya. kalau di tanya pasti ada sahaja perkara yang terpaksa dikorbankan. jadi kita kenalah sentiasa bersyukur di atas kurniaannya.
Tapi yang menjadi kebingungan aku sekarang. bukan tidak mahu bersyukur. tapi adakah aku boleh teruskan apa yang sedang aku lakukan. sebab aku sering gagal. adakah ini pertunjuk untuk aku segera berundur... atau pertunjuk yang aku semakin hampir dengan kejayaan? betul ke forex ini sesuai dengan jiwaku. semakin aku memahami konsepnya semakin aku gagal melakukannya. tapi kalau secara jujurnya. kesilapan aku cuma satu. masih gagal mengawal emosi. itu yang menjadikan aku gagal. dan stop loss itu juga amat penting. kegagalan meletakkan stop lost menyebabkan aku gagal lagi hari ini. tahun nie sahaja dah 6 ke 7 kali kena margin called. duit modal dah beribu juga habis. apa erti semua ni. tinggal lagi sebulan untuk aku sambut ulang tahun hari jadi ku ke 35. Itu bererti, impian aku dan blog ini juga tak tercapai. minda separa sedar aku mungkin tak berfungsi dengan baik. tapi kalau dipikirkan balik bukan semua perkara yang aku inginkan tidak tercapai. walaupun dari segi forex memang tidak menjadi. tapi dari sudut kerjaya ku. sudah ada tanda tanda sesuatu yang baik akan menyebelahiku.
Walaupun, masih samar samar apa yang akan berlaku, tapi benih benih kebahgian sudah mula menampakkan sinarnya. ku panjatkan syukur ku padaNya. Semoga Allah sentiasa terus merahmatiku. Amin.
No comments:
Post a Comment