Showing posts with label impian. Show all posts
Showing posts with label impian. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year - Year 2012

Ha ha haaa...... sedar atau tidak, dah masuk tahun baru.... maksudnya aku dah lama melangkau usia 35 tahun.... ye laaa... sejak aku selebret birthday 35 tahun aku terus menghilangkan diri.... sebenarnya aku agak sebuk sejak hari itu.... dah 6 bulan aku agak sebukkan diri.... dan baru kini aku baru mula sedar semula ke mana arah aku..... dalam tempoh 6 bulan... banyak yang aku dah capai.. jangan tak percaya..... sebab aku sendiri pun tak percaya..... aku sudah agak selesa ... dah bertukar tempat kerja... dan sudah berada di kedudukan yang agak selesa.... Alhamdullilah..... syukur kehadrat ilahi yang sentiasa membantu ku. banyak perkara dah dipermudahkan.....
dalam tempoh 6 bulan nie.....
1) dah beli Kereta Produa Alza baru... yang lebih pratikal untuk famili ku.

2) dah beli tv baru juga.... seperti dalam wish list aku.....

3) Koleksi gold aku.... dah ada 12g....



ha ha haaa........ aku juga dah berpindah ..atau sebenarnya sudah berpindah tempat kerja juga.... memang semua ini dicapai selepas aku sambut ulang tahun ke 35.......  inilah yang di katakan kuasa minda separa sedar...... dan aku pasti banyak lagi pencapaian yang aku aku nikmati..... aku akan mula update semula... apa apa pun kita hanya mampu merancang.... segalanya adalah dengan izin-Nya.....

Saturday, November 27, 2010

Jauh lagikah perjalanan ini....

Sedar tak sedar... dah nak masuk bulan 12. cepat betul masa berlalu... aku pun dah lama tak jengok langsung blog ini. mmm dah tak de semangat ke nak menulis. mungkin tak de perkembangan langsung. tapi mungkin sebab aku tak aktif di sini yang menyebabkan aku sering kali terlupa bahawa kuasa minda separa sedar mesti sentiasa diaktifkan. mmm... sebab itulah aku sering kali terlupa target aku yang sedang aku hampiri..... memang tinggal hanya 7 bulan sahaja aku nak capai umur 35 tahun. dah tentu bila masa itu tiba, aku sepatutnya bergelar jutawan seperti yang aku telah setkan dari umurku 28 tahun lagi.... nah akan terbukti ke minda separa sedar yang aku maksudkan selama ini.... mmmm buat masa ini aku tak nampak arah mana aku harus tuju.... macam jalan buntu je... tapi itu tidak bermakna aku tak akan mencapai impian ini... tengoklah nanti... aku akan aktifkan semula blog ini. dan bermakna aku akan aktifkan minda separa sedar aku..... yes...jangan berlengah lagi.... mungkin agak lambat .. tapi better late than never....

Monday, June 28, 2010

Selamat Hari Jadi 34 Tahun!

Wah.........!
Mmmmm sedar tak sedar aku telah pun melewati usia 34 tahun. Dan yang pasti tinggal setahun aku untuk bergelar jutawan. Yes! Setahun lagi. Cita-cita yang telah aku tanam sejak mula bekerja.....untuk menjadi jutawan pad usia 35 tahun. adakah terlaksana.....kita saksikan sahaja....
aku rasa aku sedang berada di landasan yang sepatutnya.... betul-betul sedang bersedia untuk mengecapi kehidupan seorang jutawan..... tapi masih banyak yang perlu aku lakukan...... banyak yang perlu aku usahakan.... apa yang aku percaya.... pasti akan tercapai.... cuma bagaimana aku nak menyambutnya.... itu yang aku sedang pikirkan..... jutawan yang macam mana nak aku kecapi....
oh ya! ... itu tak susah.... aku kan dah ada list apa yang aku miliki ...... yang pasti tahun depan aku akan tunaikan Umrah bersama keluargaku. niat yang tertangguh sejak tahun lepas lagi....biarlah aku kecapi nikmat dunia ini dengan keredaan Nya. aku ingin menjadi jutawan yang beriman. sentiasa tunduk dan patuh kepada kehendakNya. kerana hanya itu sahaja yang boleh menjamin ketenanganku. aku tak mahu menjadi jutawan yang asyik sebuk ke hulu ke hilir hingga agama dan keluarga ku terabai. aku tak nak menjadi jutawan tapi tak boleh tidur malam kerana takut dirompak orang. akibatnya penuh penyakit.... darah tinggi leee....jantung leee.... masa tu dah kaya pun tak guna. hidup ni sementara sahaja... biarlah kita kecapi dengan penuh ketenangan. dengan penuh kebahgian..... aku ingin membahagiakan ibu, isteri dan anak anak ku. mereka telah penat berjuang untuk aku. aku ingin membalasnya. aku pasti aku akan mengecapinya.....kita tunggu di sana.

Saturday, July 18, 2009

IMPIAN KU!

Impian ku yang utama.......


mmm sebelum mana-mana harta kebendaan yang akan aku miliki..... aku mahu sujud mensyukuri nikmat-Nya bersama keluarga ku. kami mahu kerjakan umrah.... itu pasti.....




mmm lepas tu..... kalau ada duit lebih barulah pikirkan untuk barangan barangan lain ....... macam laptop idaman aku yang nipis dan power ....dan LCD TV..yeeeeee.......amacam......semakin teruja tak!..........

lepas tuuuu....baru lah pikir yang besar-besar sikit.....itupun selepas semuanya stabil.....dan mengizinkan.....

untuk keselesaan keluarga.....

aku jatuh cinta sejak mula-mula aku tengok kat atas jalan......fulamak...masa tu tak banyak kat jalan...aku kejar...nak tengok kereta apa tu....

sekarang nie dah berlambak.......cuma yang aku punye je tak de lagi.....ahak........tak pe....tunggulah......




dah makin selesa dan berkemampuan...baru pikir pasal rumah yang besar dan selesa.........

Rumah Banglo....
dan Kereta - Kereta Mewah untuk ku dan isteri.....
mmmmm semoga semua angan-angan ini menjadi kenyataan............
Amin Ya Rabbal Alamin...........

Merancang ke Berangan !

Ramai orang yang tak pasti kuasa sesuatu perancangan. Ada orang kata betul ke angan-angan pun satu bentuk perancangan....mmmm saya rasa memang kita perlu berangan.... dari situ baru timbul keinginan. Dari keinginan baru wujud semangat untuk memiliki.....dan barulah ada semangat untuk berusaha untuk mendapatkannya....betul tak.....satu lagi kita perlu visualkan kemahuan kita.....tak kira kita senaraikan ke ...atau mungkin kita boleh buat buku yang menyenaraikan impian kita.....sebab KUASA minda dibawah keadaan separa sedar.....pasti akan menjadi KENYATAAN... dan tujuan saya buat journal ni, untuk membuktikan pada diri saya sendiri bahawa ...ia pasti akan menjadi KENYATAAN....Journal ini akan memastikan impian saya akan tercapai.....betul ke tak.....mungkin hari ini...kita tak nampak kuasanya...tapi satu persatu dari impian ini akan menjadi kenyataan...............

Kuasa Minda Separa Sedar yang akan menukarkan antara Angan-angan dan Impian



Tengoklah nanti........