Showing posts with label emas. Show all posts
Showing posts with label emas. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year - Year 2012

Ha ha haaa...... sedar atau tidak, dah masuk tahun baru.... maksudnya aku dah lama melangkau usia 35 tahun.... ye laaa... sejak aku selebret birthday 35 tahun aku terus menghilangkan diri.... sebenarnya aku agak sebuk sejak hari itu.... dah 6 bulan aku agak sebukkan diri.... dan baru kini aku baru mula sedar semula ke mana arah aku..... dalam tempoh 6 bulan... banyak yang aku dah capai.. jangan tak percaya..... sebab aku sendiri pun tak percaya..... aku sudah agak selesa ... dah bertukar tempat kerja... dan sudah berada di kedudukan yang agak selesa.... Alhamdullilah..... syukur kehadrat ilahi yang sentiasa membantu ku. banyak perkara dah dipermudahkan.....
dalam tempoh 6 bulan nie.....
1) dah beli Kereta Produa Alza baru... yang lebih pratikal untuk famili ku.

2) dah beli tv baru juga.... seperti dalam wish list aku.....

3) Koleksi gold aku.... dah ada 12g....



ha ha haaa........ aku juga dah berpindah ..atau sebenarnya sudah berpindah tempat kerja juga.... memang semua ini dicapai selepas aku sambut ulang tahun ke 35.......  inilah yang di katakan kuasa minda separa sedar...... dan aku pasti banyak lagi pencapaian yang aku aku nikmati..... aku akan mula update semula... apa apa pun kita hanya mampu merancang.... segalanya adalah dengan izin-Nya.....

Monday, July 27, 2009

Emas juga satu bentuk pelaburan yang Bijak !


Mmmm, aku rasa makin banyak cara untuk menjadi jutawan.....adakah ini yang dimaksudkan dengan minda separa sedar itu. secara tak langsung pelbagai cara datang .....macam ada kuasa magnet pulak....mana taknye, hari nie aku dapat link dari satu laman web yg aku langgan baru2 nie.....so aku diperkenalkan dengan pelaburan EMAS... kita memang tahu memang emas bagus untuk sebagai pelaburan.... ye laa....agama kita sendiri pun kenakan zakat terhadap emas...maksudnya ini yang dinamakan nilai sebenar mata wang.....mmm, jadi apa tunggu lagi.....tak tahu macam mana nak mula....tu kena belajar......boleh dapatkan ebook yang banyak membantu saya dalam memahami apa itu EMAS.

p/s : Banyak tempat rupanya boleh beli dinar emas rupanya...mulai bulan depan aku akan mula simpan emas...bulan nie tak de duit dah....alamak bulan depan raya pulak....mmm macam mana nie....tunggu le yek..kalau aku beli aku update kat sini...



Bagaimana nak beli Dinar Emas Kelantan?
Jika anda berminat untuk membeli Dinar Emas Kelantan, anda boleh mendapatkannya di kedai Ar-Rahn di sekitar Kelantan.

Untuk lokasi kedai Ar-Rahn, sila rujuk http://www.pkb.net.my/arrahn/rangkaian.html
Bagi mereka yang tinggal di kawasan KL dan Selangor, anda boleh mendapatkan dinar emas kelantan di Ar-Rahn berikut.

Ar-Rahn Kajang
No. 10 Jalan Raja Harun
43000 Kajang
Selangor
Tel: 03-87361517
Fax: 03-87367552

Ar-Rahn Raja Laut
No. 44G, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26933433
Fax : 03-26933431

Ar-Rahn Rawang
No. 49, Jalan Maxwell,
48000 Rawang, Selangor.
Tel : 03-60928441
Fax : 03-60928429

................mari melabur EMAS...............