Saturday, November 27, 2010

Jauh lagikah perjalanan ini....

Sedar tak sedar... dah nak masuk bulan 12. cepat betul masa berlalu... aku pun dah lama tak jengok langsung blog ini. mmm dah tak de semangat ke nak menulis. mungkin tak de perkembangan langsung. tapi mungkin sebab aku tak aktif di sini yang menyebabkan aku sering kali terlupa bahawa kuasa minda separa sedar mesti sentiasa diaktifkan. mmm... sebab itulah aku sering kali terlupa target aku yang sedang aku hampiri..... memang tinggal hanya 7 bulan sahaja aku nak capai umur 35 tahun. dah tentu bila masa itu tiba, aku sepatutnya bergelar jutawan seperti yang aku telah setkan dari umurku 28 tahun lagi.... nah akan terbukti ke minda separa sedar yang aku maksudkan selama ini.... mmmm buat masa ini aku tak nampak arah mana aku harus tuju.... macam jalan buntu je... tapi itu tidak bermakna aku tak akan mencapai impian ini... tengoklah nanti... aku akan aktifkan semula blog ini. dan bermakna aku akan aktifkan minda separa sedar aku..... yes...jangan berlengah lagi.... mungkin agak lambat .. tapi better late than never....

Tuesday, August 3, 2010

Ribut Melanda.....

Mmmm....Bingung jiwa bila apa yang kita rancangkan tidak seperti yang kita harapkan. Entahlah! sebak rasa hati ini, bila kita rasa dah boleh berjaya, tiba tiba ribut terus merobohkan sesuatu yang kita bina....
Tapi bila dipikirkan dengan jiwa yang tenang dan hati yang keinsafan, baru aku sedar aku masih jauh lagi untuk ke sana. Bukan sahaja aku masih lagi masih leka dengan perangai yang tak betul ini....entah le..aku pun tak tau apa yang aku taip nie.... mungkin ini lah dia dunia sebenar..............aaaaaaaaaaaahhhh pening. bingung.....

Monday, June 28, 2010

Selamat Hari Jadi 34 Tahun!

Wah.........!
Mmmmm sedar tak sedar aku telah pun melewati usia 34 tahun. Dan yang pasti tinggal setahun aku untuk bergelar jutawan. Yes! Setahun lagi. Cita-cita yang telah aku tanam sejak mula bekerja.....untuk menjadi jutawan pad usia 35 tahun. adakah terlaksana.....kita saksikan sahaja....
aku rasa aku sedang berada di landasan yang sepatutnya.... betul-betul sedang bersedia untuk mengecapi kehidupan seorang jutawan..... tapi masih banyak yang perlu aku lakukan...... banyak yang perlu aku usahakan.... apa yang aku percaya.... pasti akan tercapai.... cuma bagaimana aku nak menyambutnya.... itu yang aku sedang pikirkan..... jutawan yang macam mana nak aku kecapi....
oh ya! ... itu tak susah.... aku kan dah ada list apa yang aku miliki ...... yang pasti tahun depan aku akan tunaikan Umrah bersama keluargaku. niat yang tertangguh sejak tahun lepas lagi....biarlah aku kecapi nikmat dunia ini dengan keredaan Nya. aku ingin menjadi jutawan yang beriman. sentiasa tunduk dan patuh kepada kehendakNya. kerana hanya itu sahaja yang boleh menjamin ketenanganku. aku tak mahu menjadi jutawan yang asyik sebuk ke hulu ke hilir hingga agama dan keluarga ku terabai. aku tak nak menjadi jutawan tapi tak boleh tidur malam kerana takut dirompak orang. akibatnya penuh penyakit.... darah tinggi leee....jantung leee.... masa tu dah kaya pun tak guna. hidup ni sementara sahaja... biarlah kita kecapi dengan penuh ketenangan. dengan penuh kebahgian..... aku ingin membahagiakan ibu, isteri dan anak anak ku. mereka telah penat berjuang untuk aku. aku ingin membalasnya. aku pasti aku akan mengecapinya.....kita tunggu di sana.

Saturday, May 29, 2010

Sudah Confirmed Kerja !

Alhamdulillah!
Sedar atau tidak, sudah 6 bulan aku berpindah kerja. dan aku juga telah berjaya confirmed. Memang sebenarnya aku sendiri tak yakin boleh confirm sebab ada yang tak confirm walaupun dah setahun. pernah juga aku terfikir untuk berhenti sahaje kerja disini dan mencari kerja lain. tekanan demi tekanan yang sukar digambarkan....
tetapi rezeki sentiasa menyebelahi ku...... syukur alhamdullilah.

Selama 6 bulan nie juga aku tak update blog ini. dah penuh sawang dah.....tapi aku tetap dengan matlamat asal ku. menjadi jutawan..............mungkin sebab "sebuk" kerja di tempat baru nie yang membuatkan aku leka seketika. leka untuk update journal nie....tapi tak pernah leka untuk berusaha menjadi jutawan.

Aku update nie pun dari tempat kerja. sedang boring kerja hari cuti, aku sebuk melayari internet. dan baru terdetik untuk mengupdate blog yang sudah sekian lama aku tinggalkan.
okaylah! hingga bertemu lagi dimasa depan.