Saturday, November 27, 2010

Jauh lagikah perjalanan ini....

Sedar tak sedar... dah nak masuk bulan 12. cepat betul masa berlalu... aku pun dah lama tak jengok langsung blog ini. mmm dah tak de semangat ke nak menulis. mungkin tak de perkembangan langsung. tapi mungkin sebab aku tak aktif di sini yang menyebabkan aku sering kali terlupa bahawa kuasa minda separa sedar mesti sentiasa diaktifkan. mmm... sebab itulah aku sering kali terlupa target aku yang sedang aku hampiri..... memang tinggal hanya 7 bulan sahaja aku nak capai umur 35 tahun. dah tentu bila masa itu tiba, aku sepatutnya bergelar jutawan seperti yang aku telah setkan dari umurku 28 tahun lagi.... nah akan terbukti ke minda separa sedar yang aku maksudkan selama ini.... mmmm buat masa ini aku tak nampak arah mana aku harus tuju.... macam jalan buntu je... tapi itu tidak bermakna aku tak akan mencapai impian ini... tengoklah nanti... aku akan aktifkan semula blog ini. dan bermakna aku akan aktifkan minda separa sedar aku..... yes...jangan berlengah lagi.... mungkin agak lambat .. tapi better late than never....

No comments:

Post a Comment