Showing posts with label ingatan. Show all posts
Showing posts with label ingatan. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

Jauh lagikah perjalanan ini....

Sedar tak sedar... dah nak masuk bulan 12. cepat betul masa berlalu... aku pun dah lama tak jengok langsung blog ini. mmm dah tak de semangat ke nak menulis. mungkin tak de perkembangan langsung. tapi mungkin sebab aku tak aktif di sini yang menyebabkan aku sering kali terlupa bahawa kuasa minda separa sedar mesti sentiasa diaktifkan. mmm... sebab itulah aku sering kali terlupa target aku yang sedang aku hampiri..... memang tinggal hanya 7 bulan sahaja aku nak capai umur 35 tahun. dah tentu bila masa itu tiba, aku sepatutnya bergelar jutawan seperti yang aku telah setkan dari umurku 28 tahun lagi.... nah akan terbukti ke minda separa sedar yang aku maksudkan selama ini.... mmmm buat masa ini aku tak nampak arah mana aku harus tuju.... macam jalan buntu je... tapi itu tidak bermakna aku tak akan mencapai impian ini... tengoklah nanti... aku akan aktifkan semula blog ini. dan bermakna aku akan aktifkan minda separa sedar aku..... yes...jangan berlengah lagi.... mungkin agak lambat .. tapi better late than never....

Thursday, July 30, 2009

kereta oh kereta....

Mmmmm memang orang kata....bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah...
hari nie tak pasal-pasal kereta buat pasal....ingatkan bateri yang kong...check punye check...rupanya overheat...aduhai...duit lagi....senang je duit nak ngalir keluar........pikir punye pikir.....mungkin ada kot salah salah aku ....ada yang kurang....tak sedekah ke....tak berkat keee....moga-moga ia mensucikan duit duit aku yang tinggal....

Bila sebut pasal keberkatan, adakah aku betul-betul sudah bersedia untuk menjadi jutawan. jutawan yang beriman dan tidak lupa diri. ye la, orang kata, kekayaan ini juga satu ujian. ujian untuk kita benar-benar taat kepada yang maha Esa. tak tamak haloba, sentiasa beringat kepada yang memerlukan.....

hari ini, aku menaip untuk ingatan di masa depan....ingatan sebagai panduan...memang itu tujuan blog ini dibuat...untuk kini masa depan.....dan masa lalu.....tiga dimensi masa yang akan bermain bersama.....buat mereka yang terbaca blog ini, saya mendoakan kesejahteraan anda dalam meniti hidup di alam fana ini bagi mengapai impian bergelar seorang jutawan.......

kita jumpa anda dipuncak sana......