Wah.........!
Mmmmm sedar tak sedar aku telah pun melewati usia 34 tahun. Dan yang pasti tinggal setahun aku untuk bergelar jutawan. Yes! Setahun lagi. Cita-cita yang telah aku tanam sejak mula bekerja.....untuk menjadi jutawan pad usia 35 tahun. adakah terlaksana.....kita saksikan sahaja....
aku rasa aku sedang berada di landasan yang sepatutnya.... betul-betul sedang bersedia untuk mengecapi kehidupan seorang jutawan..... tapi masih banyak yang perlu aku lakukan...... banyak yang perlu aku usahakan.... apa yang aku percaya.... pasti akan tercapai.... cuma bagaimana aku nak menyambutnya.... itu yang aku sedang pikirkan..... jutawan yang macam mana nak aku kecapi....
oh ya! ... itu tak susah.... aku kan dah ada list apa yang aku miliki ...... yang pasti tahun depan aku akan tunaikan Umrah bersama keluargaku. niat yang tertangguh sejak tahun lepas lagi....biarlah aku kecapi nikmat dunia ini dengan keredaan Nya. aku ingin menjadi jutawan yang beriman. sentiasa tunduk dan patuh kepada kehendakNya. kerana hanya itu sahaja yang boleh menjamin ketenanganku. aku tak mahu menjadi jutawan yang asyik sebuk ke hulu ke hilir hingga agama dan keluarga ku terabai. aku tak nak menjadi jutawan tapi tak boleh tidur malam kerana takut dirompak orang. akibatnya penuh penyakit.... darah tinggi leee....jantung leee.... masa tu dah kaya pun tak guna. hidup ni sementara sahaja... biarlah kita kecapi dengan penuh ketenangan. dengan penuh kebahgian..... aku ingin membahagiakan ibu, isteri dan anak anak ku. mereka telah penat berjuang untuk aku. aku ingin membalasnya. aku pasti aku akan mengecapinya.....kita tunggu di sana.
No comments:
Post a Comment