Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

Sudah Confirmed Kerja !

Alhamdulillah!
Sedar atau tidak, sudah 6 bulan aku berpindah kerja. dan aku juga telah berjaya confirmed. Memang sebenarnya aku sendiri tak yakin boleh confirm sebab ada yang tak confirm walaupun dah setahun. pernah juga aku terfikir untuk berhenti sahaje kerja disini dan mencari kerja lain. tekanan demi tekanan yang sukar digambarkan....
tetapi rezeki sentiasa menyebelahi ku...... syukur alhamdullilah.

Selama 6 bulan nie juga aku tak update blog ini. dah penuh sawang dah.....tapi aku tetap dengan matlamat asal ku. menjadi jutawan..............mungkin sebab "sebuk" kerja di tempat baru nie yang membuatkan aku leka seketika. leka untuk update journal nie....tapi tak pernah leka untuk berusaha menjadi jutawan.

Aku update nie pun dari tempat kerja. sedang boring kerja hari cuti, aku sebuk melayari internet. dan baru terdetik untuk mengupdate blog yang sudah sekian lama aku tinggalkan.
okaylah! hingga bertemu lagi dimasa depan.

Wednesday, November 4, 2009

Mendapat Kerja Baru

Alhamdullilah ! ....Syukur aku kepada limpah kurniaNya. hari ini aku telah secara rasminya akan bertukar tempat kerja dan sekaligus mendapat kenaikan sumber rezeki untuk diriku sekeluarga....

aku juga kena berpindah....tapi itu yang telah aku rancangkan sebelum ini...nampaknya semua perancangan aku berjalan seperti yang telah diharapkan....semuanya kerana izinNya.... Aku harap dengan berpindahnya ku ke kawasan baru dan kerja baru ini akan meningkatkan taraf hidup seperti yang aku harapkan....

Hijrah ! kearah satu keazaman untuk berjaya..... Aku tidak akan toleh ke belakang lagi.


Di hadapan sana pasti sesuatu yang baik akan tersedia menanti...