Mmm bulan yang penuh keberkatan ini memang tak boleh dilepaskan peluang yang ada. Selain meningkatkan ibadah terhadap Allah yang Maha Esa, bulan ini juga kita boleh meningkatkan kewangan kita. Peluang ini seharusnya tidak dilepaskan begitu sahaja,....walaupun dah berpuluh tahun dilepaskan tanpa mendapat faedah darinya.....tahun ini, tahun penuh perubahan. tahun ini kami sekeluarga paling sebuk menyambut Ramadhan. Macam macam bisnes kami buat. Asal aje boleh buat duit. mesti kami grab tanpa pikir dua tiga kali....agaknye dah mula ada ciri-ciri seorang jutawan yang berjaya.... ahak ahak ahak......Insyaallah.
Nampaknye malam nie tak tidur lagi aku nie.... serunding tak siap lagi, popia mini pun belum di gulung lagi. esok kol 10pagi agen dah nak datang ambik barang.. solat isyak dan tarawikh pun tak buat lagi. Jam dah pukul 2.04 pagi... banyak yang perlu diusahakan nie.... tapi aku dah tertidur tadi. jadi tak de hal kot.....so, lepas nie, solat dulu...itu yang utama...ciri ciri jutawan yang berjaya.......lepas tu kol 3 pagi baru start buat kerja......
Antara kerja dan tawakal kena seiring, bukan boleh duduk kat tikar sejadah dan berdoa je,tanpa usaha kita tak akan berjaya. Sebagai muslim, doa adalah senjata kita yang paling utama. Berdoa untuk mendapatkan pertunjuk, panduan dan berdoa untuk bertawakal setelah berusaha. Ya, susulan usaha yang gigih tanpa ragu2 adalah kunci utama segalanya. Setelah Allah memberikan ilham dan pertunjuk, giliran kita pula perlu melaksanakan tanggungjawab kita untuk berusaha dan terus bertawakal agar usaha kita itu tak sia2.
Jumpa anda dipuncak Jutawan!
Blog ini aku buat bertujuan untuk memantau perjalanan hidup ku ke arah cita cita untuk menjadi JUTAWAN pada usia 35 tahun. Hari ini aku telah 2 hari melewati usia 33 tahun. Sepanjang usia ini aku yakin pada perancangan yang aku buat. aku sudah mula merancang sejak usia 12 tahun lagi. Beberapa perancangan telah diaturkan..........menjadi atau tidak...kita hanya mampu merancang...hanya dengan izin ALLAH semuanya akan menjadi kenyataan......
Monday, August 31, 2009
Tuesday, August 25, 2009
OD-ASB yang pertama

Apa apa hal, tunggu je lah ............
Friday, August 14, 2009
Rumah ku terjual
Alhamdulillah!...syukur kepada Allah. Petang tadi lawyer pembeli rumah aku ada telepon, dan Isnin nie aku kena datang untuk sain documents untuk jual rumah aku nie. dan duit deposit 10% tu pun akan dibayar sekali...mmmm, jadi aku harap Minggu depan bermulalah langkah aku yang pertama.....apabila duit dah kat tangan akan aku mulakan penyusunan semula kewangan aku...
Langkah pertama
Semua duit tu aku akan masukkan ke dalam ASB.
Langkah kedua
Tukar pelaburan tu ke bentuk SIJIL.
Langkah ketiga
Cagarkan kat RHB bank. Buat OD.
Langkah Keempat
Tunggu hingga diluluskan.
Harap2 lulus sebelum raya leee....
update hingga minggu depan...
Langkah pertama
Semua duit tu aku akan masukkan ke dalam ASB.
Langkah kedua
Tukar pelaburan tu ke bentuk SIJIL.
Langkah ketiga
Cagarkan kat RHB bank. Buat OD.
Langkah Keempat
Tunggu hingga diluluskan.
Harap2 lulus sebelum raya leee....
update hingga minggu depan...
Sunday, August 9, 2009
MLM dan aku


Apa yang seronok dalam bisnes MLM? aku pasti ramai yang buat bisnes MLM pasti setuju dengan aku. KEAZAMAN, SEMANGAT yang POSITIF, KETEKUNAN.itu yang HEBAT dalam bisnes ini. tak kira apa jenispun.... bukan, kita pasti akan TERUJA dengan semangat yang diberikan oleh penaja kita.... masakan tidak. PERSEKITARAN yang POSITIF inilah yang telah membuatkan aku sentiasa berfikiran positif hingga kini. dan sedar atau tidak sasaran JUTAWAN umur 35 ini aku buat masa mula2 menceburi bisnes ini pada tahun 2000.
ahak! tengok dah 9 tahun berlalu....tiba tiba aku didatangi oleh seseorang....
inikah jalan ke JUTAWAN. agaknya ! dan percaya atau tidak buat kali keDUA aku sain semula bisnes yang telah lama aku tinggalkan.

AMWAY.....okay kenapa amway...macam aku cakap. aku dah aktif sejak 2000 dan jadi DD...DUDUK DIAM semenjak kahwin.tapi aku pernah capai 15% satu ketika dulu. Mmm macam tak caya pulak.aku suka AMWAY kerana Barangannya berkualiti. Itu sahaja. walau macam2 produk disogokkan bagi aku barangan amway memang berbaloi dengan harganya. dan aku pasti kalau orang dah pakai barangannya pasti setuju.
dan aku kini...entah aku sendiripun tak pasti aku sain balik ini sebab nak buat bisnes balik ke sebab nak jaga hati kawan aku tu yang dah datang dua kali....kali pertama 2 tahun lepas....tapi yang aku pasti aku nak pakai balik barangannya..itu je... ubat giginya yang best, vitaminnya yang bagus....roll on yang tahan ... dan beberapa produk yang memang aku suka...tu jeee....
Subscribe to:
Posts (Atom)