Monday, August 31, 2009

REZEKI BULAN RAMADHAN

Mmm bulan yang penuh keberkatan ini memang tak boleh dilepaskan peluang yang ada. Selain meningkatkan ibadah terhadap Allah yang Maha Esa, bulan ini juga kita boleh meningkatkan kewangan kita. Peluang ini seharusnya tidak dilepaskan begitu sahaja,....walaupun dah berpuluh tahun dilepaskan tanpa mendapat faedah darinya.....tahun ini, tahun penuh perubahan. tahun ini kami sekeluarga paling sebuk menyambut Ramadhan. Macam macam bisnes kami buat. Asal aje boleh buat duit. mesti kami grab tanpa pikir dua tiga kali....agaknye dah mula ada ciri-ciri seorang jutawan yang berjaya.... ahak ahak ahak......Insyaallah.

Nampaknye malam nie tak tidur lagi aku nie.... serunding tak siap lagi, popia mini pun belum di gulung lagi. esok kol 10pagi agen dah nak datang ambik barang.. solat isyak dan tarawikh pun tak buat lagi. Jam dah pukul 2.04 pagi... banyak yang perlu diusahakan nie.... tapi aku dah tertidur tadi. jadi tak de hal kot.....so, lepas nie, solat dulu...itu yang utama...ciri ciri jutawan yang berjaya.......lepas tu kol 3 pagi baru start buat kerja......

Antara kerja dan tawakal kena seiring, bukan boleh duduk kat tikar sejadah dan berdoa je,tanpa usaha kita tak akan berjaya. Sebagai muslim, doa adalah senjata kita yang paling utama. Berdoa untuk mendapatkan pertunjuk, panduan dan berdoa untuk bertawakal setelah berusaha. Ya, susulan usaha yang gigih tanpa ragu2 adalah kunci utama segalanya. Setelah Allah memberikan ilham dan pertunjuk, giliran kita pula perlu melaksanakan tanggungjawab kita untuk berusaha dan terus bertawakal agar usaha kita itu tak sia2.

Jumpa anda dipuncak Jutawan!

No comments:

Post a Comment