Showing posts with label OD. Show all posts
Showing posts with label OD. Show all posts

Friday, September 11, 2009

Sign OD-ASB yang Pertama

Hari ini, aku bawa isteriku signed OD-ASB yang telah diluluskan. Walaupun kita orang hanya dapat pelepasan 90% sebab isteri aku tak de pendapatan tetap. Akaun dia pun tak berapa aktif. jadi kalau sesiapa yang nak buat OD-ASB untuk isteri yang tak bekerja, make sure aktifkan akaun dia buat 3 bulan. Masukkan gaji korang, tiap-tiap bulan kat bank dia. Lepas tu cakap le dia ada buat bisnes kecil-kecilan. so, nanti bank baru akan yakin sikit. tapi tu semua buat syarat jee... sebab kita bukan nak buat loan pun. kita cagarkan sijil asb kita. cuma biasalee...SOP depa. so kena ikut leee.....
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tak guna akaun aku jeee... he he heee...sebab aku nie dah black listed. mana boleh buat....so, untuk sesiapa yang dah black listed macam aku nie, ini salah satu cara leee....
Masa signed document tadi, tiba2 dia mintak pulak rm1450. Mak oi!. lagi seminggu nak raya, tengah nak guna duit. tapi tak pe, aku tak kisah sebab, RM1200 dia akan masukkan kat ASB, Sebagai cagaran...nie aku tak paham sangat tapi tak pe, nanti aku tanye balik....lagi RM250 tu nak bukak akaun semasa...mmm, okay je, duit utk raya memang dah asingkan. jadi kebetullan gaji masuk separuh dulu sebelum raya. jadi duit tu le aku laborkan ke bank nie... jimat jimat jimat.... kalau semua kat tangan ....habis.....ahak ahak....tapi apa2 pun, terima kasih le kat pegawai bank RHB bank tu yang telah tolong uruskan permohonan kami tu dengan kadar yang mungkin kira cepat juga lee...so nampaknya lepas raya duit aku leh kuar leee...
kita tunggu...........

Tuesday, August 25, 2009

OD-ASB yang pertama

Hari ni aku pi buat OD ASB, Sebenarnya semalam dah masukkan duit kat ASB dan nak terus buat OD tu atas nama isteri tercinta merangkap menteri kewangan. he he heeee... punye le bekejar ke Shah Alam buat SIJIL ASB , kononnye nak terus apply OD ASB kat RHB kat ngan rumah, tapi dia mintak pulak bank statement....sebab leceh punye pasal, singgah pulak kat CIMB, tapi bila borak ngan officer incharge tu macam tak berapa reti jee, apa apa hal cuba juga le submit. last last mintak juga bank statement tu........ so aku pi le ke Maybank tempat isteri aku buat account.tapi sebabkan kecanggihan sistem perbankan yang ada di Malaysia ini. aku hanya boleh dapat statement tu esok, maknanya hari nie lee..... aku pun tak paham apa le lembab sangat nak call system untuk print statement.... bila aku datang hari nie..mak oiiiiii, charge nak print 1 A4 je kena RM10. apa punye gila ...nak tak nak kena bayar dan ambik gak leee.. apa leh buat. so, lepas dapat bank statement tu aku terus ke RHB bank yang mula2 aku pergi. bukan aku tak nak pi CIMB tu, tapi sebab aku pikir jangka panjang, RHB nie buka kat Giant dan buka sabtu ahad, jadi apa apa hal kemudian hari senang nak berurusan, tak de le aku kelam kabut bekejar lagi curi waktu kerja...ahaks....macam mana berkat...tu pun masalah juga tu.....

Apa apa hal, tunggu je lah ............

Friday, August 14, 2009

Rumah ku terjual

Alhamdulillah!...syukur kepada Allah. Petang tadi lawyer pembeli rumah aku ada telepon, dan Isnin nie aku kena datang untuk sain documents untuk jual rumah aku nie. dan duit deposit 10% tu pun akan dibayar sekali...mmmm, jadi aku harap Minggu depan bermulalah langkah aku yang pertama.....apabila duit dah kat tangan akan aku mulakan penyusunan semula kewangan aku...

Langkah pertama
Semua duit tu aku akan masukkan ke dalam ASB.

Langkah kedua
Tukar pelaburan tu ke bentuk SIJIL.

Langkah ketiga
Cagarkan kat RHB bank. Buat OD.

Langkah Keempat
Tunggu hingga diluluskan.
Harap2 lulus sebelum raya leee....

update hingga minggu depan...

Saturday, July 25, 2009

Macam mana nak jadi Jutawan !

MMMM....Macam mana nak jadi jutawan.....apa yang perlu aku boleh buat..ramai yang mungkin tertanya tanya kenapa aku begitu yakin aku boleh capai impian ini...aku hanya yakin pada kuasa separa sedar yang telah aku nyatakan awal-awal lagi, itu jee... bermula ngan angan-angan...dari situ...aku akan cuba menggunakan seberapa banyak peluang yang terbuka untuk mencapai impian aku itu.Okay .... langkah pertama aku adalah memaksimumkan simpanan di dalam ASB.....kenapa? mungkin ramai yang tidak sedar....sebagai seorang BUMIPUTERA anda harus menggunakan peluang ini sebaik mungkin. banyak faedahnya yang anda boleh perolehi dari simpanan ini....ada tahu apa itu OD, Over Draff......???? anda tak paham.....saya bukan ingin menjual atau mencadangkan ebook ini, cuma ebook ini banyak membuka minda saya cara menyimpan dan mengaturkan wang dengan lebih baik.....tapi simpan duit boleh cepat kaya ke? itulah masalahnya kita nie....sebab tu orang kaya makin kaya ....sebab duit boleh beranak...kita hutang yang beranak.....nak tahu???....mungkin saya boleh kongsikan serba sedikit tentang perkara ini selepas saya sendiri mencapainya...sebab ini adalah journal......saya tak akan meletakkan mana mana iklan....atau sebarang RUJUKAN ..selagi saya sendiri tidak mengunaknya.....

Selain dari strategi menyimpan dan mengurus wang dengan bijak..... kita perlu meningkatkan kewangan kita dengan mencuba peluang yang terdapat di alam saiber yang canggih ini...... mungkin ada di antara kita pernah mendengar tentang FOREX. tapi sejauh mana anda tahu tentang ini....potensi dan peluang yang ada...secar jujur saya telah berkenalan dengan FOREX secara tidak langsung semasa melayari internet 2 tahun lepas....sejak itu saya memang belajar dan terus mempelajari selok belok ilmu forex ini....percaya atau tidak saya dah rugi RM5-6K sepanjang pelajaran ini.....so memang risiko yang tinggi..tapi saya yakin inilah sumber yang akan memastikan saya jadi JUTAWAN..... sebab ...inilah cara untuk menjadi KAYA...dalam masa yang singkat....tapi kan dah 2 tahun aku cuba.....mmm memang pun, tapi kenapa tak teruskan lagi dua tahun.....oh ya! kalau nak sebut pasal FOREX nie ....kalau nak belajar TEKNIK...aku cadangkan pergi kelasnya yang MURAH..dan berbaloi...sebab ilmu yg nie kena pergi berguru.....so,aku dah pergi kelas .....KUASA FOREX...apa apapun...terpulang kepada yang punye diri.......tepuk dada tanya selera.....

hingga berjumpa lagi....!

p/s : jengok-jengok le mana yang patut...