Sunday, August 9, 2009

MLM dan aku

Meniaga Larut Malam.....ahak...MLM memang sesuatu yang bukan perkara baru bagi diriku. dan dah banyak orang cuba menaja aku dengan pelbagai jenis dan bentuk MLM. Bukan aku nak perkecilkan perniagaan penaja penaja aku tu, tapi bisnes MLM yang aku ikuti sejak tahun 2000 tu mungkin dah sebati dengan diriku. tapi ikutkan memang dah lama aku dah tak campur dalam bisnes ini. sejak aku kahwin... yelah anak aku pun dah nak masuk darjah 1 tahun depan... yang aku kagum. orang yang aku kenal dulu masih teus aktif dan semakin berjaya.....HEBAT...habis tu kenapa aku berhenti buat.... macam aku cakapkan, sejak aku kahwin komitmen untuk keluarga dan anak2 membuat aku amat tidak mampu memberikan komitmen sepenuhnya dalam bisnse itu.lama kelamaan ia semakin jauh. dan keahlian aku pun dah mati. dari memakai barang sampai tak..sebab malas nak hubungi penaja aku tu. nanti kena aktif pulak tu yang malas tu. biasa le tu...
Apa yang seronok dalam bisnes MLM? aku pasti ramai yang buat bisnes MLM pasti setuju dengan aku. KEAZAMAN, SEMANGAT yang POSITIF, KETEKUNAN.itu yang HEBAT dalam bisnes ini. tak kira apa jenispun.... bukan, kita pasti akan TERUJA dengan semangat yang diberikan oleh penaja kita.... masakan tidak. PERSEKITARAN yang POSITIF inilah yang telah membuatkan aku sentiasa berfikiran positif hingga kini. dan sedar atau tidak sasaran JUTAWAN umur 35 ini aku buat masa mula2 menceburi bisnes ini pada tahun 2000.
ahak! tengok dah 9 tahun berlalu....tiba tiba aku didatangi oleh seseorang....
inikah jalan ke JUTAWAN. agaknya ! dan percaya atau tidak buat kali keDUA aku sain semula bisnes yang telah lama aku tinggalkan.
AMWAY.....okay kenapa amway...macam aku cakap. aku dah aktif sejak 2000 dan jadi DD...DUDUK DIAM semenjak kahwin.tapi aku pernah capai 15% satu ketika dulu. Mmm macam tak caya pulak.aku suka AMWAY kerana Barangannya berkualiti. Itu sahaja. walau macam2 produk disogokkan bagi aku barangan amway memang berbaloi dengan harganya. dan aku pasti kalau orang dah pakai barangannya pasti setuju.
dan aku kini...entah aku sendiripun tak pasti aku sain balik ini sebab nak buat bisnes balik ke sebab nak jaga hati kawan aku tu yang dah datang dua kali....kali pertama 2 tahun lepas....tapi yang aku pasti aku nak pakai balik barangannya..itu je... ubat giginya yang best, vitaminnya yang bagus....roll on yang tahan ... dan beberapa produk yang memang aku suka...tu jeee....

No comments:

Post a Comment