Friday, September 11, 2009

Sign OD-ASB yang Pertama

Hari ini, aku bawa isteriku signed OD-ASB yang telah diluluskan. Walaupun kita orang hanya dapat pelepasan 90% sebab isteri aku tak de pendapatan tetap. Akaun dia pun tak berapa aktif. jadi kalau sesiapa yang nak buat OD-ASB untuk isteri yang tak bekerja, make sure aktifkan akaun dia buat 3 bulan. Masukkan gaji korang, tiap-tiap bulan kat bank dia. Lepas tu cakap le dia ada buat bisnes kecil-kecilan. so, nanti bank baru akan yakin sikit. tapi tu semua buat syarat jee... sebab kita bukan nak buat loan pun. kita cagarkan sijil asb kita. cuma biasalee...SOP depa. so kena ikut leee.....
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tak guna akaun aku jeee... he he heee...sebab aku nie dah black listed. mana boleh buat....so, untuk sesiapa yang dah black listed macam aku nie, ini salah satu cara leee....
Masa signed document tadi, tiba2 dia mintak pulak rm1450. Mak oi!. lagi seminggu nak raya, tengah nak guna duit. tapi tak pe, aku tak kisah sebab, RM1200 dia akan masukkan kat ASB, Sebagai cagaran...nie aku tak paham sangat tapi tak pe, nanti aku tanye balik....lagi RM250 tu nak bukak akaun semasa...mmm, okay je, duit utk raya memang dah asingkan. jadi kebetullan gaji masuk separuh dulu sebelum raya. jadi duit tu le aku laborkan ke bank nie... jimat jimat jimat.... kalau semua kat tangan ....habis.....ahak ahak....tapi apa2 pun, terima kasih le kat pegawai bank RHB bank tu yang telah tolong uruskan permohonan kami tu dengan kadar yang mungkin kira cepat juga lee...so nampaknya lepas raya duit aku leh kuar leee...
kita tunggu...........

Thursday, September 3, 2009

Rezeki yang tak di Sangka!

Alhamdullillah! Aku bersyukor kerana dikurnakan rezeki dari pelbagai sumber yang tak di sangka.

Beberapa hari lalu, aku telah mendapat satu panggilan. mmm dari bekas bos aku. dan tak di sangka dia menawarkan aku part time job yang agak lumayan dan tanpa pikir panjang aku terus bersetuju. walaupun mungkin sedikit masa aku untuk famili terpaksa terkorban sedikit. tapi untuk memastikan aku bebas dari masalah kewangan secepat mungkin ini. aku akan tetap teruskan. lagipun orang kata peluang bukan datang selalu.

sementara itu, aku kena tingkatkan lagi kawalan sistem kewangan aku. sejak sebulan aku cuba mengawal wang keluar masuk. tapi sampai hari ini masih banyak kelemahan yang aku dapat kesan. aku telah ubah semula sistem kira2 keluar masuk aku. harap kali ini lebih teratur dan sistematik.

Usaha, Usaha, Usaha terus BerUsaha !
Jumpa anda di pelayaran yang akan datang...

Monday, August 31, 2009

REZEKI BULAN RAMADHAN

Mmm bulan yang penuh keberkatan ini memang tak boleh dilepaskan peluang yang ada. Selain meningkatkan ibadah terhadap Allah yang Maha Esa, bulan ini juga kita boleh meningkatkan kewangan kita. Peluang ini seharusnya tidak dilepaskan begitu sahaja,....walaupun dah berpuluh tahun dilepaskan tanpa mendapat faedah darinya.....tahun ini, tahun penuh perubahan. tahun ini kami sekeluarga paling sebuk menyambut Ramadhan. Macam macam bisnes kami buat. Asal aje boleh buat duit. mesti kami grab tanpa pikir dua tiga kali....agaknye dah mula ada ciri-ciri seorang jutawan yang berjaya.... ahak ahak ahak......Insyaallah.

Nampaknye malam nie tak tidur lagi aku nie.... serunding tak siap lagi, popia mini pun belum di gulung lagi. esok kol 10pagi agen dah nak datang ambik barang.. solat isyak dan tarawikh pun tak buat lagi. Jam dah pukul 2.04 pagi... banyak yang perlu diusahakan nie.... tapi aku dah tertidur tadi. jadi tak de hal kot.....so, lepas nie, solat dulu...itu yang utama...ciri ciri jutawan yang berjaya.......lepas tu kol 3 pagi baru start buat kerja......

Antara kerja dan tawakal kena seiring, bukan boleh duduk kat tikar sejadah dan berdoa je,tanpa usaha kita tak akan berjaya. Sebagai muslim, doa adalah senjata kita yang paling utama. Berdoa untuk mendapatkan pertunjuk, panduan dan berdoa untuk bertawakal setelah berusaha. Ya, susulan usaha yang gigih tanpa ragu2 adalah kunci utama segalanya. Setelah Allah memberikan ilham dan pertunjuk, giliran kita pula perlu melaksanakan tanggungjawab kita untuk berusaha dan terus bertawakal agar usaha kita itu tak sia2.

Jumpa anda dipuncak Jutawan!

Tuesday, August 25, 2009

OD-ASB yang pertama

Hari ni aku pi buat OD ASB, Sebenarnya semalam dah masukkan duit kat ASB dan nak terus buat OD tu atas nama isteri tercinta merangkap menteri kewangan. he he heeee... punye le bekejar ke Shah Alam buat SIJIL ASB , kononnye nak terus apply OD ASB kat RHB kat ngan rumah, tapi dia mintak pulak bank statement....sebab leceh punye pasal, singgah pulak kat CIMB, tapi bila borak ngan officer incharge tu macam tak berapa reti jee, apa apa hal cuba juga le submit. last last mintak juga bank statement tu........ so aku pi le ke Maybank tempat isteri aku buat account.tapi sebabkan kecanggihan sistem perbankan yang ada di Malaysia ini. aku hanya boleh dapat statement tu esok, maknanya hari nie lee..... aku pun tak paham apa le lembab sangat nak call system untuk print statement.... bila aku datang hari nie..mak oiiiiii, charge nak print 1 A4 je kena RM10. apa punye gila ...nak tak nak kena bayar dan ambik gak leee.. apa leh buat. so, lepas dapat bank statement tu aku terus ke RHB bank yang mula2 aku pergi. bukan aku tak nak pi CIMB tu, tapi sebab aku pikir jangka panjang, RHB nie buka kat Giant dan buka sabtu ahad, jadi apa apa hal kemudian hari senang nak berurusan, tak de le aku kelam kabut bekejar lagi curi waktu kerja...ahaks....macam mana berkat...tu pun masalah juga tu.....

Apa apa hal, tunggu je lah ............

OD-ASB