Friday, July 7, 2017

Sekain lama blog ini tidak berusik...sudah penuh sawang kalau diibaratkan rumah usang tanpa penghuni.

kehidupan aku juga sudah banyak berubah. Ibu sudah 2 tahun meninggal dunia. aku juga sudah berpindah dan menjawat jawatan yang berbeza. dan paling aku bersyukur aku punya bisnes yang amat aku suka. walaupun aku belum kecapi pulangan tapi bukan itu yang aku harapkan sekarang. aku yakin... kurang setahun aku akan miliki kejayaan demi kejayaan. Ternyata perancangan Allah itu amat sempurna. walaupun perjalanan amat penuh liku dan cabaran. Seperti cerita di TV semestinya pengakhiran yang baik. aku akan habiskan blog ini dengan cerita cerita indah.
kerana minda separuh sedar ku telah terprogram sesuatu yang terbaik akan aku nikmati.

Rumah yang besar dan mewah. Kereta yang selesa. kawan2 yang hebat dan berjaya. Keluarga yang bahagia dan ceria. Kebebasan untuk bergerak bertindak dan berseronok. Masa dan wang bukan lagi satu halangan.

Ya.... my BIG Why is ...Freedom to give and Freedom to move around the world!

Sunday, March 6, 2016

Hilang focus hilang semangat hilang segalanya

Dari semalam aku rasa tak tenang. Bukan masalah kerja. Tapi masalah desakan keluarga. Aku paham mereka rasa terbeban. Sudah masuk 2 bulan aku berhenti kerja dari syarikat yang gah. Melepaskan gaji hampir 8K sebulan.  Bulan pertama aku berniaga. Macam macam aku buat. Hujung bulan pertama aku hilang punca. Modal 10K habis begitu sahaja.
Dalam masa yang sama ibu ku tenat di hospital.  Bertapa kecewa rasa jiwa ini bila tidak mampu berbuat apa2. Untuk pergi melawatnya itu bererti bisnes kena cuti. Saat itu hanya doa dan harapan aku titipkan diperantauan ini. Sebulan berlalu begitu pantas.
Teman baik aka adik angkat aku pula nak berhenti kerja. Rupanya dia juga tak sanggup kerja disitu tanpa ku. Aku kelu. Begitu besar pengaruh ku padanya. Aku betul2 berasa tertekan. Satu2nya orang yang memahami perangai ku selain isteriku dan anak2 pula akan berpindah. Apa bala lah semua ini....
Aku ditawarkan kerja yang aku pikir agak menarik. Walaupun gaji yang ditawarkan suku dari gaji yang pernah aku terima, aku akan cuba lakukan. Kerana aku mencari sesuatu kelainan.  Lain dari laluan yang pernah aku tempuhi. Alhamdulillah,  peluang yang diberikan memberikan aku peluang yang lain. Mendapat menjaga ibu sakit adalah nikmat rezeki yang tak terhingga. Walaupun tika itu hanya seminggu genap. Aku bersyukur.

Sunday, June 28, 2015

Merancang dan bergerak

Hari ini genap umur ku 39 tahun. Diary ini sudah 6 tahun aku isi... Aku selak balik... Banyak juga yang aku telah lalui.... Dan capai... Hari ini aku update blog pun guna smartphone je. Yelah masa mula2 buat blog manalah boleh terpikir yang masa depan orang update blog pakai hp. Laptop pun org dah tak pandang sekarang... Huhuhu...

Itulah kehebatan teknologi....

Apa pun... Aku nak capai banyak lagi.
Yang pasti aku nak gerakkan bisnes aku ni...
Sudah tiba masanya aku serius dalam bisnes...
Aku harapkan bisnes nasi lemak dan sambal aku akan menjadi...

Target sebelum umur 40 tahun ertinya lagi 365 hari lagi,

1) bisnes boleh capai 10ribu sebulan
2) pergi Umrah dengan family 👪
3) beli rumah banglo 🏡
4) berhenti kerja dan focus bisnes .

Jumpa anda di puncak.

Thursday, May 21, 2015

Rezaki Itu Milik Allah swt

Alhamdulillah! 
Kita sering kali terlupa yang setiap rezeki yang kita dapat itu milik Allah swt. Malah bentuk rezeki yang kita dapat itu berbeza beza. Itulah namanya nikmat. Kita hanya akan ingat dan sedar apabila ia ditarik dari kita. Barulah kita sebuk menyesali perbuatan kita. Mujur juga kita kembali kepada rahmatNya.
Dua minggu lepas, sesuatu yang mendesak ku, membuatkan aku menjadi berani bertindak. Menjadi nekad dan tekad. Atau lebih kepada kerja giler.  Aku cuba melepaskan jawatan ku. Berhenti kerja 24 jam. Pada saat itu. Aku pasrah kepadaNya. Aku yakin rezeki itu milikNya. Bukan Bos ku yang asyik mengherdik bagaikan orang giler.  Puas aku berfikir mencari jalan agar aku mendapat peluang lain. Tapi dalam masa yang sama aku juga punya cita agar tidak lagi bekerja dengan orang lain. Maksudnya, aku ingin memulakan bisnes ku sendiri. Isteri ku adalah orang yang paling hebat. Dialah tonggak segala.

Usul ku diterima. Dia mula mencari peluang yang ada. Itulah kelebihannya. Tidak ada perasaan malu untuk bertanya.

Dan alhamdulillah,  walaupun aku kembali semula bekerja tetapi bisnes ku terus bergerak.

Bersyukurlah kepadaNya yang maha Kaya.

Tuesday, May 19, 2015

Salam rindu - salam sinar baru

Jika aku berada disini...
Itu maknanya aku kembali mengejar impian....hahahaaa
Sungguh aneh hidup ini, kita akan sering kali terleka.... Sering kali jatuh....
Tapi kemudian kita akan kembali semula.
Membina cita dan mengapai impian.

Sesungguhnya kita memang mudah lupa. Mungkin penyambut kejayaan itu pun sudah letih menunggu kita untuk sampai ke sana....
Agaknya kalau dia mampu menjerit sudah pasti sudah lama aku diherdik mahupun dimaki kerana selalu saja tersasar dari landasannya.
Mujur rahmat Allah itu amat indah....
Selalu tepat diwaktu kita perlu...

Hari ini, aku bahagia....
Walaupun aku masih belum pasti masa depan bisnes yang baru aku ceburi,  tapi sudah masuk minggu kedua, ia menampakkan hasilnya. Ada sinar di sana... Sinar untuk berjaya.... Walaupun letih,  aku akan terus berusaha....
Hingga ke puncak jaya...