Tuesday, May 19, 2015

Salam rindu - salam sinar baru

Jika aku berada disini...
Itu maknanya aku kembali mengejar impian....hahahaaa
Sungguh aneh hidup ini, kita akan sering kali terleka.... Sering kali jatuh....
Tapi kemudian kita akan kembali semula.
Membina cita dan mengapai impian.

Sesungguhnya kita memang mudah lupa. Mungkin penyambut kejayaan itu pun sudah letih menunggu kita untuk sampai ke sana....
Agaknya kalau dia mampu menjerit sudah pasti sudah lama aku diherdik mahupun dimaki kerana selalu saja tersasar dari landasannya.
Mujur rahmat Allah itu amat indah....
Selalu tepat diwaktu kita perlu...

Hari ini, aku bahagia....
Walaupun aku masih belum pasti masa depan bisnes yang baru aku ceburi,  tapi sudah masuk minggu kedua, ia menampakkan hasilnya. Ada sinar di sana... Sinar untuk berjaya.... Walaupun letih,  aku akan terus berusaha....
Hingga ke puncak jaya...

Sunday, May 25, 2014

Satu demi satu kemajuan

Sudah lama blog ini aku tinggalkan, mungkin terlalu sebuk. Tapi sedar atau tidak aku telah mencapai satu fasa kehidupan yang baru. Aku telah berjaya menguruskan kewangan aku. Sekarang semua declaration telah di buat. Aku dah tak perlu pening lagi. Terima kasih ya Allah yang maha esa. Semuanya telah dipermudahkan.  Semoga sinar kembali menyerlahkan kilauannya.....

Thursday, January 30, 2014

Satu kesedaran!

Aku Sebenarnya tak pasti apa yang patut aku lakukan. Isnin lepas aku telah pergi ke pejabat insolvensi melaka dan telah disahkan muflis sejak tahun 2010. Waaaaa.... dah 3 tahun aku diistihar muflis. Dan selama ini jugalah aku cuba lari dari bayangan ini. Aku Sebenarnya tak pasti apa yang patut aku lakukan. Hari ini aku sepatutnya kena pergi ke pejabat insolvensi selangor bagi membuat beberapa langkah baru bagi menyelesaikan kemelut ini. Tapi, adakah tindakkan ini wajar? Aku sendiri tidak pasti. Apa implikasi yang akan aku terima. Aku perlu hadapinya dengan jujur dan berani. Aku sering nyatakan kepada staf ku agak berdepan dengan masalah tetapi aku sendiri takut. Amat takut. Ya Allah! Berikanlah hamba mu ini pertunjuk.

Saturday, November 9, 2013

Baby baru...

Tanggal 21 Oct 13, 23:24 lahirlah baby ku yang sangat comel.... mmmm hari ini dah berapa hari berlalu.... dan Sebenarnya tiba tiba nak berforex semula..... sejak dari bulan lepas dah terpikir malah dah siap register account baru. Dan hari ni tiba2 gak nak update blog yg dah berabuk ni....... nak kena cukur rambut baby.....bye.

Friday, August 16, 2013

Bisnes sendiri

Walaupun ia bukanlah besar besaran tapi aku cukup berpuas hati apa yang aku buat. Buat untuk kepuasan diri. Disamping memastikan agama terpelihara. Tapi lepas raya ni. Masih tak mula lagi. Mood raya kot. Macam mana nak maju ni. Ha ha haaaaa....
Ni pun tengah malas.... lagi satu aku teringin nak buat blog untuk memberikan ilmu yang berguna untuk semua. Aku ada ilmu. Tapi tak bermakna kalau aku tak kongsikan bersama. Mmmm makin sebuklah. Mana nak bisnes mana nak update blog baru. Mmmm cuma, aku tertanya tanya di blog itu. Aku perlu jadi diri aku ke. Atau guna nama pena sahaja. Tengah pikir. Apa yang patut aku buat. Adakah aku sudah bersedia untuk berdepan dengan umum. Mungkin akan ada kritikan secara terus. Ha ha haaaa..... tengoklah nanti. Rasanya esok akan mula blog baru.