Saturday, November 9, 2013

Baby baru...

Tanggal 21 Oct 13, 23:24 lahirlah baby ku yang sangat comel.... mmmm hari ini dah berapa hari berlalu.... dan Sebenarnya tiba tiba nak berforex semula..... sejak dari bulan lepas dah terpikir malah dah siap register account baru. Dan hari ni tiba2 gak nak update blog yg dah berabuk ni....... nak kena cukur rambut baby.....bye.

Friday, August 16, 2013

Bisnes sendiri

Walaupun ia bukanlah besar besaran tapi aku cukup berpuas hati apa yang aku buat. Buat untuk kepuasan diri. Disamping memastikan agama terpelihara. Tapi lepas raya ni. Masih tak mula lagi. Mood raya kot. Macam mana nak maju ni. Ha ha haaaaa....
Ni pun tengah malas.... lagi satu aku teringin nak buat blog untuk memberikan ilmu yang berguna untuk semua. Aku ada ilmu. Tapi tak bermakna kalau aku tak kongsikan bersama. Mmmm makin sebuklah. Mana nak bisnes mana nak update blog baru. Mmmm cuma, aku tertanya tanya di blog itu. Aku perlu jadi diri aku ke. Atau guna nama pena sahaja. Tengah pikir. Apa yang patut aku buat. Adakah aku sudah bersedia untuk berdepan dengan umum. Mungkin akan ada kritikan secara terus. Ha ha haaaa..... tengoklah nanti. Rasanya esok akan mula blog baru.

Wednesday, July 3, 2013

Hobi baru target baru

Sejak bulan lepas, Aku dah mula kan hobi aku yang baru. Enjoy! Menyeronokkan. Ha ha ha..... Buat duit dengan hobi. Aku dah mula menjahit. Dah 6 7 pasang tudung aku Siapkan.... Semakin aku puas hati dengan jahitan aku. Dah ngantok!....

Monday, June 24, 2013

Kesebukkan yang "melekakan"

Lagi 3hari lagi, hari jadi ke 37 tahun.... ha ha haaa.....memang agak klise ...tahun lepas juga begitu... kenapa bila nak capai umur baru.... baru terasa nak update blog ini.....tapi banyak yang menarik aku lalui sepanjang 1 tahun ini.... alhamdulillah, rezeki makin bertambah... baby on the way....satu pertanda yang baik.... 2013 checklist pun ada yang dah capai.... sekarang ni pun tengah update guna tablet, galaxy note 8.0 .... hasil duit bonus... tahun ni dapat bonus 3.0 months.... tak sangka betul.... target 2.0 jeeee.....pangkat pun dah naik....target naik gaji jeeee..... anak anak pun dah membesar dan agak melalui arah yang diharapkan.... terima kasih buat isteri tercinta yang telah banyak berkorban dan berusaha untuk menjaga keharmonian rumahtangga ini..... walaupun masih belum bergelar jutawan.... tapi aku yakin, "jutawan" yang aku harapkan telah aku capai. Teruskan menjayakan kehidupan ini....

Kalau dipikir pikirkan, banyak yang telah aku capai, percutian keluarga bukan sesuatu yang mustahil lagi. Walaupun tak mewah, tapi cukuplah untuk membahagiakan isteri dan anak anak. Cuma sekarang aku perlu mula menyimpan.... kompol harta.