Sudah lama blog ini aku tinggalkan, mungkin terlalu sebuk. Tapi sedar atau tidak aku telah mencapai satu fasa kehidupan yang baru. Aku telah berjaya menguruskan kewangan aku. Sekarang semua declaration telah di buat. Aku dah tak perlu pening lagi. Terima kasih ya Allah yang maha esa. Semuanya telah dipermudahkan. Semoga sinar kembali menyerlahkan kilauannya.....
Blog ini aku buat bertujuan untuk memantau perjalanan hidup ku ke arah cita cita untuk menjadi JUTAWAN pada usia 35 tahun. Hari ini aku telah 2 hari melewati usia 33 tahun. Sepanjang usia ini aku yakin pada perancangan yang aku buat. aku sudah mula merancang sejak usia 12 tahun lagi. Beberapa perancangan telah diaturkan..........menjadi atau tidak...kita hanya mampu merancang...hanya dengan izin ALLAH semuanya akan menjadi kenyataan......
Sunday, May 25, 2014
Thursday, January 30, 2014
Satu kesedaran!
Aku Sebenarnya tak pasti apa yang patut aku lakukan. Isnin lepas aku telah pergi ke pejabat insolvensi melaka dan telah disahkan muflis sejak tahun 2010. Waaaaa.... dah 3 tahun aku diistihar muflis. Dan selama ini jugalah aku cuba lari dari bayangan ini. Aku Sebenarnya tak pasti apa yang patut aku lakukan. Hari ini aku sepatutnya kena pergi ke pejabat insolvensi selangor bagi membuat beberapa langkah baru bagi menyelesaikan kemelut ini. Tapi, adakah tindakkan ini wajar? Aku sendiri tidak pasti. Apa implikasi yang akan aku terima. Aku perlu hadapinya dengan jujur dan berani. Aku sering nyatakan kepada staf ku agak berdepan dengan masalah tetapi aku sendiri takut. Amat takut. Ya Allah! Berikanlah hamba mu ini pertunjuk.