Blog ini aku buat bertujuan untuk memantau perjalanan hidup ku ke arah cita cita untuk menjadi JUTAWAN pada usia 35 tahun. Hari ini aku telah 2 hari melewati usia 33 tahun. Sepanjang usia ini aku yakin pada perancangan yang aku buat. aku sudah mula merancang sejak usia 12 tahun lagi. Beberapa perancangan telah diaturkan..........menjadi atau tidak...kita hanya mampu merancang...hanya dengan izin ALLAH semuanya akan menjadi kenyataan......
Tuesday, June 7, 2011
Sedar tak sedar
Memang tanpa aku sedari..... aku akan menghampiri usia 35 tahun. kalau ikutkan dari hari ini, tinggal lagi 21 hari lagi aku akan capai usia itu. Usia yang aku target untuk menjadi jutawan. Mmmm nak kata jutawan... mungkin masih jauh lagi untuk aku capai sekira dinilai dari kewangan yang aku ada sekarang. Tapi kalau dipikirkan peluang... aku sedang menghampiri sasarannya... dari segi cara hidup... walaupun tidak bebas dari segi masa, tapi dari segi kewangan mungkin sudah boleh tersenyum sedikit. dan pasti aku sudah boleh memiliki gadjet gadjet yang menarik. Mmm aku juga akan berhijrah jauh dari kampung halaman ku. berada di perantauan orang memerlukan komitmen yang tinggi juga. banyak juga yang perlu aku pikirkan sebelum aku membuat keputusan. tapi kalau diikutkan keputusan yang aku buat ini amat pantas dan ia berlalu begitu pantas juga. 2 minggu lepas aku menghadiri temuduga, pada masa itu juga aku telah ditawarkan jawatan dan gaji yang aku idamkan. 1 minggu kemudian aku telah uruskan rumah sewa. Alhamdullillah, semua urusan begitu lancar. aku amat bersyukur. bagaikan tidak percaya segalanya dipermudahkan. dan sekarang aku tengah menghitung hari untuk berhijrah dan memulakan hidup yang baru diusia yang baru di tempat yang baru. bagi aku usia 35 ni adalah usia jutawan ku. pasti setahun itu akan menghasilkan pelbagai keajaiban. aku amat yakin. keajaiban akan berlaku pada usia jutawan ku itu. percayalah.... tunggu....
Subscribe to:
Posts (Atom)